Khamis, September 08, 2011

GIGITAN SAYANG DI PAGI 1 SYAWAL

Kisah ini berlaku pagi sebelum raya...kira-kira pukul 3 pagi...

Sedang enak dibuai mimpi , tiba-tiba saya terasa kaki saya sakit. seakan-akan di gigit sesuatu. Namun saya tidak ambil peduli dan meneruskan tidur semula. mungkin gigitan sayang kot? he he he.

Tapi gigitan kedua telah membuatkan saya tersedar dari tidur dan terasa amat bisa..Ini baru betul-betul gigitan yang menyakitkan...tak ada gigitan sayang lagi tapi......

Apabila sedar sahaja, saya terus melihat-lihat dan mencari-cari apakah binatang yang telah menggigit kaki saya... Terperanjat besar saya bila saya ternampak seekor lipan yang besar dan hitam cuba lari ke bawah tilam...Ingin sahaja saha mencincang lipan tersebut , namun saya khuatir jika lipan tersebut akan menyerang anak-anak saya yang sedang tidur..

gambar pinjam google...

Apa yang boleh saya lakukan hanyalah ...menjerit sahaja....

Bisa sampai ke betis..rasa sakit sangat...tak lama kemudian, bisa mula terasa di peha pula...panik saya....

Suami ajak pergi ke klinik...ada ke klinik buka pagi-pagi buta hari raya ni?????

Sampai pekan Kota Tinggi, sunyi sepi...semua kedai tutup dan klinik yang 24 jam tu pun tutup....terus pergi ke hospital Kota Tinggi dan daftar bahagian kecemasan.. nasib baik dilayan dengan cepat...tak tahan bisanya....

Inilah klinik yang saya nak pergi...siap tulis 24 jam tapi malam raya tutup...

Tak pasal-pasal kena suntik dengan satu jarum kat punggung untuk tahan sakit dan dua suntikan bius lagi kat ibu jari untuk hilangkan bisa...lepas tu kena balut ibu jari...

Esok paginya..dalam sakit-sakit sempat juga melaram untuk menyambut hari raya...

********************************************

Bila ceritakan dengan abah dan mak keesokkan paginya, abah cakap ada petua tertentu jika hendak hilangkan bisa lipan tu..tapi agak geli jugaklah caranya...

Kata abah, kalau kita kena gigit dengan lipan, terus korek hidung dan selawat tiga kali dan usap dekat tempat yang kena gigit lipan tu...Biar betul??? gurau ke???

Tapi abah cakap memang itu petuanya...bukan main-main....lepas sapu tu, tak sampai lima minit dah hilang bisa dan boleh berlari-lari lagi....Tegas abah lagi....

Percaya? tak percaya? percaya? tak percaya????? tapi saya memang tak sanggup nak buat method tersebut...Gelilah!!!!!!

Kata suami pula, kalau ada batu lipan lagi mudah....letak batu tersebut di bahagian yang digigit..nanti batu lipan itu akan menyerap segala bisa lipan tersebut masuk dalam batu tersebut...entahlah mana satu boleh dipercayai...

Yang pasti dalam dunia serba moden ini, lebih baik pergi berjumpa doktor ambil suntikan dan ubat...rasa lebih dipercayai.... betul tak????

7 ulasan:

nelly berkata...

ngeri lah pulakk !

Tinta Emas berkata...

memang ngeri...dan memang tak leh dilupakan...

Gen2Merah berkata...

cerita serius tapi ada kelakar nya jugak. ehehe.. saya tak sanggup nak tgok gambar lipan Bara tuu.. apatah lagi kena gigit macam tu.. huhuhu.. better jumpa doktor daripada ikut petua2 yang kita fikirkan sugguh xlogik.. hehe

Tinta Emas berkata...

Gen2Merah; sebenarnya ada lagi kisah lucu masa kat hospital tapi panjang pulak ceritanya....short-cut aje.....

whitecappuccino berkata...

Saya juga pernah kena gigit lipan kat bilik air, masa tu nak ambik baju merah kat lantai bilik air tiba2 rasa sakit kat jari tangan.serta merta kebas..pegi kecemasan kena injek juga...3 jarum

JunAina berkata...

kalau orang perlis panggil lipan bara. kalau kena sengat memang boleh bengkak dan bisanya jangan cerita sakit...bab petua tak tau pulak tetapi petua paling cepat...HOSPITAL!

padlie berkata...

Takut juga dengan lipan nih.. Setakat ni rumah saya dah tiga kali lipan masuk.. risau juga..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...