Rabu, September 14, 2011

Keturunan Kencing Manis....akukah yang terpilih????

Arwah atuk perempuan sebelah emak saya meninggal semasa saya kecil lagi.. Dengar cerita arwah atuk perempuan saya tu meninggal disebabkan penyakit Kencing Manis yang dihidapinya itu...itu kisah dululah...

Sekarang, penyakit tersebut telah menurun kepada emak saya. Dengar cerita ( sebab mak saya suka sangat berahsia) tahap kemanisan darah emak saya itu pernah mencapai nombor 22 bacaannya. Memang tinggi kan? Manusia normal yang saya tahu ialah dalam 4 hingga 7 sahaja.

Emak saya pula pernah menyuntik insulin sendiri...kira penyakit tersebut agak parah kan? Saya sebenarnya pun baru tahu hal ini setelah dimaklumkan oleh anak saya. Anak saya pernah nampak emak saya menyuntik jarum di bahagian perutnya. tapi bila ditanya, emak saya diam sahaja tanpa berkata-kata...

Sebulan sebelum puasa yang lepas, emak saya telah ditahan di Hospital Kota Tinggi selama 20 hari..Terkejut juga sebab memang saya tahu dia sentiasa sakit kaki tapi tak sangka pula, rupa-rupanya kakinya sudah bernanah teruk ..20 hari juga emak saya ditahan...saya pula berulang-alik dari JB ke Kota Tinggi untuk menjenguk beliau. Itu yang saya jarang nak meng "up date " blog saya ni..

Beginilah keadaan kaki emak saya yang teruk itu...ngeri tau kalau tengok...sebelah tu kapas sahaja. .

Ini semasa saya melawat emak saya..kasihan mak sebab tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda jika mahu bergerak ke mana-mana..Nasib baik kaki emak saya tidak kena potong...

Hari raya hari tu, kaki emak saya masih tak berapa baik tapi telah menampakkan perubahan yang positif. Alhamdulillah....

Masa akan datang, saya rasa saya juga akan mewarisi penyakit keturunan ini. Ini kerana semasa mengandung, saya didapati paras gula dalam darah saya tinggi.

Jadi, saya perlu berjaga-jaga sedari sekarang supaya penyakit ini tidak memudaratkan saya...

1 ulasan:

norinaomar berkata...

saya keturunan sakit jantung.abah saya ada kencing manis dah lama tapi dia sangat berpantang makan dan alhamdulillah dia mungkin kencing manis kering (kalau luka cepat kering).
saya dah berniat sesuatu bila umur masuk 35tahun pasal amalan pemakanan.niatnya apa,takperlu dihebahkan kepada sesiapa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...