Selasa, November 15, 2011

Pelajar bawa laptop ke sekolah...memang hebat...

Minggu ini minggu terakhir persekolahan bagi mereka yang bergelar pelajar..namun bagi calon SPM pula, minggu ini baru bermula peperiksaan yang akan menntukan masa depan mereka itu...

Bagi yang tidak menduduki peperiksaan pula, minggu ini umpama minggu yang menyeronokkan...kenapa?

Sebab minggu ini mereka tidak akan belajar, tidak akan membuat latihan, tidak akan mengulangkaji pelajaran dan macam-macam lagi.. Pada masa ini juga, ramai pelajar akan mengambil kesempatan untuk ponteng sekolah... ada yang bekerja lagi....Malah ibu bapa juga ada yang tidak ambil peduli lagi sama ada anak-anak mereka hadir ke sekolah ataupun tidak...

Bagi pelajar-pelajar yang hadir ke sekolah pula, saya ucapkan syabas!!!!

Sebenarnya, ada beberapa program yang telah diatur oleh guru-guru dalam memenuhi jadual minggu ini...umpamanya pada masa inilah, guru-guru akan melengkapkan PAFA, ujian lisan, pertandingan bercerita, kuiz dan sebagainya...

Paling hebatnya, ramai pelajar juga yang mengambil kesempatan untuk membawa laptop mereka sendiri ke sekolah...

Wah....lihatlah pelajar sekarang...dulu masa saya, "handphone" pun belum tercipta lagi...laptop, jauh sekali... Masa saya belajar kat U dulu pun saya tak punya handphone...komputer pun guna komputer di makmal komputer U...

Sebenarnya, kami warga guru tidaklah menggalakkan para pelajar membawa laptop ke sekolah.. ini disebabkan pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika laptop mereka hilang atau dirosakkan oleh pelajar lain..Jika pelajar membawa laptop juga ke sekolah, ini merupakan tanggungjawab mereka sendiri... sementara guru juga dikehendaki memantau penggunaan laptop tersebut agar tidak disalahgunakan.. Pelajar juga dilarang membuka aplikasi facebook atau laman-laman web yang berbaur lucah...

Tapi pada saya, lebih baiklah para pelajar ini tidak membawa laptop ke sekolah... ini akan membebankan pula guru-guru yang masuk ke kelas mereka kerana terpaksa memantau penggunaan laptop mereka itu....

5 ulasan:

JunAina berkata...

anak aina pun sama, tau2 abg bagitau mama kakak bawak laptop gi sekolah tadi...adussss...

Tinta Emas berkata...

Kdg2 anak-anak akan terpengaruh juga bila lihat kawan-kawan mereka bawa laptop...mudah2an tak hilang..

whitecappuccino berkata...

Kat sekolah saya pun senario yang sama..budak2 bawa laptop 1Malaysia tu..

Tinta Emas berkata...

saya rasa bukan kat sekolah saya dan WC aje..sekolah seluruh malaysia pun sama kan?

Gen2Merah berkata...

hebat betul budak2 sekarang ni kan... tu sebab kita guru2 perlu lebih maju dan lebih canggih drp mereka... ehehe

soal murid2 bawa laptop ni kena pemantauan yang lebih.. nanti mereka salahgunakan ke arah perkara yang tidak baik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...