Ahad, November 27, 2011

TUNGGU BUMI DITERBALIKKAN...

Salam Maal Hijrah...

Hari ini saya ingin kongsikan tentang cerpen yang saya telah baca di akhbar Berita Minggu hari ini...Agak menarik juga cerpen ini...

Saya suka dengan dialog di bawah yang saya petik daripada cerpen tersebut..

Jangan duduk berpolitik 24 jam! ( ditujukan kepada kerajaan ) Pergi ke hulu berpolitik! Pergi ke hilir berpolitik! Dalam tidur berpolitik! Dalam mimpi berpolitik! Fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuh sesama Melayu Islam. Aib-mengaib, tidak cukup dengan surat khabar, guna blog, guna video ditonton beramai-ramai mengaibkan sesama Melayu-Islam!...

Orang Melayu-Islam yang hidup susah tidak dipedulikan,sampai terheret masuk gereja!Murtad!. Buat perhimpunan sepuluh kali pun untuk mencegah murtad, tidak jadi apa, kalau tidak bertindak tegas! Pihak yang berjaya memurtadkan orang Melayu Islam yang tengok, tentu ketawa senang hati sebab mereka sudah menang! Mana nak bendung ajaran sesat lagi...

Sudahlah saban waktu segala drama, filem penuh dengan cerita karut, hantu, khurafat, tahyul! Kerana ini semua, minda orang melayu Islam sudah semakin lemah! Sudahlah kampung laman diberi kepada orang, agama pun turut ditukar! Mereka pecah belah. sudah jadi puak minoriti di negara sendiri!..

Saya rasa negara kita sudah kembali hidup dalam zaman jahiliah!...

Menarikkan cerpen ini...begitu selamba menyindir orang-orang yang memakan lada....secara keseluruhannya, saya memang agak setujuk dengan tema yang diutarakan dalam cerpen ini.. Persoalan-persoalan yang cuba dirungkaikan juga kena dengan dunia kita sekarang...cuma cerpen ini agak berat untuk dibaca oleh orang-orng muda sekarang walaupun bahasanya agak mudah..Rasanya mereka tidak akan membaca cerpen sebegini setelah melihat tajuk cerpen yang agak berat itu...

Bila melihat situasi ini memang saya juga takut jika Allah swt akan menterbaikkan bumi Malaysia ini seperti bumi Sodom...( cerita zaman nabi )... sebab semua tanda-tanda yang berlaku sudah ada... tanda-tanda kiamat!

4 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

memang gitulah keadaan sekarang,mudah betul nak jatuhkan seseorang..

lagilah zaman kini berteknology..

salam maal hijrah buat cikgu CTE sklrg

Mak Su berkata...

nauzubillah.... malangnya saya jrg sgt beli suratkabar lately...

Gen2Merah berkata...

betul tu cikgu... entah lah nak cakap macam mana lagi... Berkali2 dah buat demo, bantah2 sana sini.. Tetapi gejala2 murtad, golongan songsang tetap juga bermaharajalela..

Kita maju dari segi pembangunan, tetapi lemah untuk mempertahankan kesucian agama Islam...

whitecappuccino berkata...

Dunia kita sedang nazak tapi kita masih lalai..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...