Ahad, Februari 19, 2012

Tak Berbaloi buah cempedak dengan harganya..

Petang semalam belilah buah cempedak kat simpang jalan berdekatan dengan rumah saya..Hari-hari lalu hadapan kedai buah-buahan dan hari-hari juga mencium bau buah cempedak...akhirnya semalam belilah juga...

Sebenarnya, kedai buah tersebut baru sahaja dibuka..mungkin secara haram agaknya pada hujung tahun lepas..yang anehnya, begitu cepat kedai buah tersebut membesar...lebih-lebih lagi semasa tahun baru cina yang lepas..

Walaupun saya setiap hari melalui jalan tersebut, tidak terlintas pula hendak membeli buah-buahan di situ..namun petang semalam boleh pula rasa macam nak singgah sekejap..Kebetulan anak-anak sudah lama minta belikan buah pulasan.. RM10 bagi 3 kilo..kira bolehlah makan buah pulasan... kalau sudah singgah situ, mata pun berkeliaranlah nak mencari buah yang lain...kebetulan tuan punya kedai memberikan beberapa biji buah cempedak yang telah dibuka untuk dirasa...lalu belilah buah tembikai...

RM6.00 sekilo...mahalnya ..( saya rasalah...)  belilah sebiji buah  cempedak  yang sederhana besarnya...macam ringan aje...tapi kena bayar RM9.00 sebiji!!!!  bayar ajelah...

Malam semalam, saya pun bukalah untuk digoreng...



Sedih-sedih.....hanya sebelah sahaja yang ada butiran-butiran kecil buah cempedak!

Bila dikira-kira tak sampai 20 biji pun buah cempedak tersebut... terasa sangat-sangat... kalau beli cempedak goreng di warung pun dapat lebih daripada tu...

Lain kali beli yang siap digoreng ajelah  atau tunggu harga cempedak jatuh....

Dahulu, mak saya suka menjerukkan kulit buah cempedak tersebut...mula-mula mak saya akan membuang kulit yang mengerutu itu dahulu...kemudian diletakkan dalam telap yang diisi air serta garam... setelah  beberapa hari bolehlah dikeluarkan untuk dimasak  goreng ke ringbersama bawang dan ikan bilis serta lada besar..Tapi kulit tersebut mestilah diracik atau dikoyak-koyak halus... sedap.. ( saya tak pasti samaada masakan orang jawa atau orang banjar..)

Pernahkah anda rasa masakan tersebut?

4 ulasan:

Unknown berkata...

pengalaman ayu kan.. sekilo rm 8.. jadi sebiji jatuh rm 46..
peeh!! menyirap darah ayu

ayu kata.. tak apalah pakcik, saya tak jadi beli
(walahemah dlm hati marah yang amat)
ke ayer hitam ayu dapat beli seibiji rm 20.
syukur, isi banyak,. besar2 dalam 40 biji..

rezeki kan..

PS: tak pernah makan yang versi mak cikgu cte tu.. nanti nak try casri dlm google.. kalau tak dapat.. cikgu syer entry ya

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

tak berbaloikan...baik beli yg siap goreng..

whitecappuccino berkata...

first time dengar jeruk kulit cempedak ni..kalau mcm tu,beli yg siap goreng jer la.

kay_are berkata...

mahalnye.. baik beli yang dah siap goreng kat kedai tu.. rm1 pun dah puas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...