Rabu, Februari 29, 2012

Pasar Malam

Tempat anda ada pasar malam tak? Pernah pergi pasar malam?

Saya rasa semua orang pernah pergi pasar malam. Kadang-kadang ada sebilangan orang yang memang menunggu untuk pergi ke Pasar Malam di tempat tinggal masing-masing.

Sebenarnya, pasar malam ni sudah wujud sejak dari dahulu lagi. Dahulu di kampung saya, pasar malam dibuat pada setiap malam minggu..Saya tidak memanggil pasar ini pasar malam tapi kami panggil pasar lambak.

Jika hendak lebih murah dan meriah lagi,kami akan pergi ke pasar lambak pada pagi isnin di bandar Kota Tinggi..Di sana lebih banyak pilihan barangan,  tawaran harga murah dan meriahlah.

Saya terpanggil  membuat entry ini bila melihat pelajar-pelajar saya yang begitu bersemangat untuk pergi ke pasar malam di kawasan tempat tinggal mereka untuk menemubual penjual-penjual dan mengambil gambar senario pasar malam.

Kebetulan pula, malam ini ada pasar malam di jalan Sagu, Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

****************************************************************************

Untuk pelajar-pelajar saya, saya kongsikan sedikit mengenai konsep dan jenis perniagaan pasar malam.
Semoga dapat membantu..


gambar pinjam di goggle.


Pasar malam merupakan sebuah pasar atau bazar yang perniagaanya dimulakan pada waktu petang sehinggalah  kepada waktu malam. Selalunya pasar malam ini umpama pasar jalanan  yang biasanya berada di kawasan perumahan di Malaysia.


Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih yang menjual barang-barang seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan dapur, baju, buku dan sebagainya ada dijual di sini. Pasar malam ini juga menarik ramai orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. 


Selalunya, pasar malam hanya dibuka hanya sekali dalam seminggu. Ini kerana para peniaga yang berniaga di pasar malam akan berpindah-randah ke kawasan pasar malam yang berlainan pada setiap minggu. Disamping barangan yang pelbagai, proses tawar menawar harga merupakan satu urusniaga yang biasa di pasar sedemikian.


Sekian

Cubalah masuk link ini untuk dapatkan dapatn kajian diwww.smktd2geografi.blogspot.com


5 ulasan:

ariana berkata...

Kalau kat Temerloh,pahang kami panggil Pekansari..:)

Semuanya samaje..macam2 barang boleh jumpa kat sini..!sediakan duit je secukupnya..hehe

whitecappuccino berkata...

Sekali sekala gi pasar malam beli sayur, keropok lekor dan sata sedap kat tempat saya.

Gen2Merah berkata...

kalau kat pasar malam, salunya saya akan cari kasut2 dan baju2 yang murah2 giler punya... best

Tanpa Nama berkata...

Harap cikgu dpt beri contoh jwpn utk kerja kursus sejarah & geografi mcm dlm entry thn lepas...moga tuhan mberkati cikgu dlm mbantu pelajar2..

Dari ibu prihatin..

teratai berkata...

Di tempat saya, pasar malam pada hari Jumaat jam 5 ptg hingga 10 mlm. Paling suka beli makanan sebab ada jenis makanan yg dijual sama spt di kampung saya. Rata2 penjualnya juga berasal dr Trg n Kelantan...selera yg sama:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...