Ahad, April 01, 2012

Faktor-faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu

1. Pembinaan petempatan
- Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, saya dapati kawasan hutan di kawasan kajian saya ini telah banyak dimusnahkan untuk membina kawasan petempatan. Peningkatan permintaan rumah menyebabkan hutan  yang tinggal sedikit  dimusnahkan. Ini menyebabkan ekosistem hutan semakin pupus.


Gambar pinjam kat google aje..

2.  Pembinaan jalan raya
- Pembinaanjalan raya merupakan satu faktor menyebabkan ekosistem hutan terganggu. pembinaan jalan raya  telah menggunakan peralatan moden iaitu jentera-jentera berat telah membersihkan dan menebang kawasan hutan. Pelbagai  spesis tumbuh-tumbuhan  ditebang. Oleh itu, hidupan liar pun hilang habitnya.


Gambar ni pun pinjam kat google..

3.  Pembinaan sistem perparitan
- Pembinaan sistem perparitan juga menganggu ekosistem hutan. Banyak longkang atau parit konkrit dibina di kawasan hutan. Sebenarnya pembinaan sistem perparitan adalah untuk mengelakkan kejadian banjir kilat daripada berlaku tetapi pembinaan ini menyebabkan ekosistem hutan yang berdekatan terganggu.

4. Pertambahan penduduk
- Apabila penduduk semakin bertambah dan permintaan terhadap petempatan juga akan meningkat. Kesannya, pihak pemaju perumahan berlumba-lumba membina kawasan petempatan yang baru atau meluaskan kawasan perumahan mereka. Ini akan memusnahkan kawasan hutan yang sangat luas.

5. Pertanian
- Bertambahnya kawasan pertanian telah menyebabkan banyak kawasan hutan dicerobohi. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan ekosistem hutan turut akan musnah. Pengusaha tanah pertanian ini tamak membuka ladang-ladang pertanian tanpa memikirkan tentang kesan kepada alam ini dan seterusnya kepada ekosistem yang sedia ada.

Sebagai penduduk , saya rasa bertanggungjawab  dalam memastikan ekosistem kawasan tempat tinggal saya terpelihara .

Dapatkan  hasil kajian mengenai KKG geografi  PMR di www.smktd2geografi.blogspot.com

6 ulasan:

Unknown berkata...

ayu minat geografie..
masa form 4, 5 ayu pasti nak A+.. alhamdullilah.. ayu dapat akhirnya...

moga ekositem kawasan kita terpelihara.

Tinta Emas berkata...

ayu, tak ramai yang suka mata pelajaran geografi pada masa ini...tahniah keranamendapat A..

ieyka berkata...

blog nie mmudahkan ieyka nk buat folio...tq

nadiah97 berkata...

ctatan ini sngt bagus.. n sy ske.. trime kasih,. dngan ini mmudahkan lg sy mghasilkan krja kursus geo 2012.. =)

Muhammad Haziq berkata...

sye ske dengan blog ini,kerja ini mempercepatkan kerja folio sye,sye tlah pon menghantar folio ini kpd guru,dan sye mndapat FULL MARKS dlam folio ini :)

fadilah nazeri berkata...

sy nak ucapkan trima ksih sgt ... kerana iainya sgt mnyenangkan pelajar2 sperti sy =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...