Sabtu, Mei 12, 2012

Perangkap Terbaik

Sudah cukup lama saya tidak menjejakkan kaki di blog  ini..Bukan kerana kekeringan  idea tapi masa yang menghalangi saya untuk terus berblog di sini.

Hari ini, saya ingin  berkongsi pengalaman ini....



Gelikan?...

Sebenarnya, inilah perangkap tikus yang saya pasang di bawah meja saya di sekolah.
Sejak akhir-akhir ini, saya dapati bilik guru sudah seperti pusat pembiakan tikus. Sampaikan gam cecair pun habis dimakannya..

Paling  sedih apabila penutup bekas makanan jenama"tupperware" milik kawan saya habis lunyai  dimamahnya.

Jadi,saya pun membeli gam perangkap tikus  dan memasangnya petang semalam..Pagi tadi, bila saya menjenguknya saya dapati tiga ekor tikus telah terperangkap disitu..

Memang mengelikan... Lebih-lebih lagi bila melihat dua ekor tikus tersebut masih lagi hidup dan bergerak-gerak...

Tapi ada seorang  cikgu tu mengatakan saya kejam!..




4 ulasan:

aliza berkata...

x kejam sebab tikus2 tu lagi 'kejam' pd kita... berapa ramai mangsa kencing tikus??? so sebelum mereka kejam pada kita baik kita kejam dulu kat mereka..

teratai berkata...

ohh kena buat gotong royong bersihkan bilik guru tu...bahaya kalau byk tikus!boleh merebakkan penyakit!!

CikguIsya berkata...

menggelikan tapi terpaksa buat jugakan..

JunAina berkata...

Agak-agaknya kalau macam tu kejam kita nak buat macam mana? Bayangkan kalau kat rumah kita ada tikus takkan kita nak biar macam tu saja mesti ada tindakan drastik perlu dibuat.

Aina sanggup soh hubby bunuh tikus tu dari kita menjadi mangsa kekotoran dan segala kuman yang di bawaknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...