Selasa, Jun 05, 2012

Peluang melihat planet Zuhrah 100 tahun sekali


Semalam, saya ingin benar melihat gerhana bulan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan dengan awan umpama jerebu menutupi pandangan ruang angkasa.
Dan sekarang peluang kita untuk melihat planet Zuhrah pula melintasi matahari. Kejadian yang bukan senang berlaku dan hanya berlaku 115 tahun sekali ..( menurut Malaysia Lunar Eclipse..)
Kalau kita dapat tengok planet ini umpama satu titik hitam kecil sahaja.
Saya yang meminati dunia Geografi tetiba menjadi peminat astronomi, ingin sekali  melihat planet Zuhrah yang akan muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini iaitu pada hari Rabu ini, 6 Jun 2012. Fenomena ini  berlaku selepas matahari  terbit pada pukul 7.12 pagi dan berlanjutan sehingga 1 petang.
Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi. Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti bintik hitam merentasi cakera matahari secara perlahan-perlahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria atau kaca mata gerhana.
Saya juga suka membaca dilaman ini..http://www.falak-online.net/portalfalak/node/1313. Banyak maklumat boleh diperolehi...




1 ulasan:

ariana berkata...

Asmkm. Lama x singgah sini..Antara tanda kekuasaan Allah..gerhana..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...