Rabu, Disember 05, 2012

Kad kawin dulu dan sekarang..

Sedang saya mengemas2, tetiba saya terjumpa kad kawin saya tahun 1994 dulu.

Kenangan...... kenangan...




Muka depan kad kawin saya...( dah cuba nak melintangkan tapi tak boleh-boleh...mungkin dah lama sangat tinggalkan blog ni...)


Bahagian dalam kad kawin saya..


Dahulu, masa saya nak kawinlah...masa tu saya baru sahaja bekerja setelah  tamat belajar. rasa-rasanya baru 5 bulan bekerja.. Dahulu, gaji tidak sebesar orang sekarang..sekelumit aje...cukup-cukup makan pakai sahaja.

Dahulu juga, duit hantaran pun tidaklah banyak macam sekarang..jadi emak dan bapak lah yang memikirkan mengenai kad kawin ni...saya lengang kangkung aje...

Bapa saya buat kad kawin ni dekat pejabat felda sahaja. majoriti anak-anak felda menggunakan kad seperti ini sahaja. Jika yang berduit tu barulah tempah di kedai,,, cantiklah sikit tapi mahallah..

Kad kawin saya ini menggunakan kertas saiz A4 sahaja dan berwarna kuning..Bila siap dicetak oleh pejabat Felda, bapa saya akan bawa balik ke rumah untuk di lipat lagi supaya menjadi sehelai kad depan belakang..Selepas tu kami adik beradik akan membahagikan kad tersebut mengikut bilangan ahli dalam setiap blok...selepas siap, bapa saya akan berjalan menunggang motor berjumpa setiap ketua blok untuk menyerahkan kad kawin ini...

Begitulah nostalgia nya kenangan tersebut..

Sekarang kad kawin sudah pelbagai..nak jumpa kad kawin  seperti kad kawin saya ni pun dah tak ada...semua dah cantik, kreatif dan berbau wangi lagi..

Macam gini...


Akan datang tak tahulah macam mana agaknya kad kawin yea?



3 ulasan:

JunAina berkata...

Zaman dah berubah...

teratai berkata...

Kad kahwin saya pun sama spt kad kahwin Cikgu CTE. Arwah ayah cetak sendiri sebab ada mesin cetak kat rumah!

Zaman akan dtg mungkin x ada lg kad kahwin, hanya jemput kat fb je spt sekarang...ramai dah buat begitu!Jimat kos kad kahwin!

Tanpa Nama berkata...

salam.. terharu tengok kad kahwin akak.. simple je dulu2 kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...