Khamis, Mei 12, 2011

Ini Ibu Ketam Ke Ibu Pelajar?

Agak kasar jugalah bahasa saya malam ini....mungkin kesan daripada kejadian petang tadi di sekolah agaknya..

Tertarik saya dengan perumpamaan melayu lama ini "ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus" ....

Itulah perumpamaan yang paling sesuai dengan ibu bapa yang selalu mempertahankan kesalahan anak-anak mereka sedangkan diri mereka sendiri tidak betul..Mereka juga tidak tahu bahawa sekolah juga mempunyai peraturan mereka yang tersendiri...

Malah guru-guru di sekolah diperlekehkan tanpa menyedari bahawa mereka sendiri sudah memperlihatkan perwatakan sebenar ibu bapa zaman sekarang.

Malah ibu bapa ini boleh mengherdik dan mempertikaikan tindakan guru-guru yang mahu memastikan para pelajarnya berdisiplin dan sentiasa mengikut peraturan sekolah...

Mudah sahaja mengeluarkan pernyataan bahawa guru kurang ajar , sedangkan mereka sendiri kurang ajar kepada guru-guru...

Hanya disebabkan hal yang kecil sahaja, dibesar-besarkan...akhirnya siapa yang malu??? anak-anak mereka juga....

Penjelasan guru-guru tidak diterima, malah guru-guru sukar untuk bercakap, sukar untuk mempertahankan tindakan, segala-galanya sukar...Ini kerana ibu bapa yang tersangat perihatin kepada anak-anak mereka ini, sangat sukar menerima cerita sebenar, amat tidak suka menerima penerangan guru, dan amat suka memintas cakap guru...

Tapi bila guru memintas cakap mereka, guru digelar kurang ajar! guru disuruh mengajar sahaja...apa mereka ingat, sekolah nie, sekolah swasta ke? tidak perlu ambil berat tentang hal-hal dalam sekolah...tidak perlu ambil tahu disiplin sekolah....hanya mengajar sahaja....

Geram saya masih terasa lagi dengan ibu bapa yang sebegini....nasib baik saya boleh bersabar....

Selasa, Mei 10, 2011

Darah Adik Saya Manis!

Cuma nak berkongsi sahaja, kenangan manis semasa 1 Mei yang lalu...Adik lelaki saya telah melangsungkan pertunangan dengan gadis idamannya..

Saya sebagai kakak ke dua ni, tak lah menyibukkan diri dengan majlis adik saya..mungkin disebabkan saya ni bekerja dan banyak kekangan untuk membantu, jadi adik-adik saya yang lain lah mengambil bahagian menyibukkan diri pula membantu emak saya.

Persiapan majlis pertunangan adik saya ini, banyak diseliakan oleh adik perempuan saya yang yang lain iaitu Oked ( namanya diambil sempena nama bunga orked ) dan Shima ( adik bongsu dan masih single )..Saya pula hanya membantu sedikit-sedikit sahaja..

Jodoh adik lelaki saya, Didi dekat sahaja iaitu dengan anak dara dari Felda Sungai Mas...

Inilah hantaran yang dari pihak rombongan lelaki...serba hijau....

Ni pula masa orang-orang lama berdiscuss ..kalau orang dulu-dulu tempat berbalas-balas pantun..

Ni pula balasan daripada pihak perempuan..serba krim....

Sempat pula nak berposing...bersama-sama orang kuat majlis ini iaitu adik saya orked dan Shima...

Lepas makan-makan, kami rehat di luar rumah dan bergambar adik beradik..Inilah semua adik beradik perempuan saya...yang lelaki tak sempat nak dihimpunkan..masing-masing dah lari buat hal sendiri.

Semoga pertunangan ini kekal hingga ke jinjang pelamin...Aminnn

Terkejut bila emak suruh wakilkan untuk sarungkan cincin ke jari bakal adik ipar...biar betul? saya belum pernah menyarungkan cincin nie...lebih-lebih lagi saya masih mempunyai kakak yang lebih tua...Nasib baik kakak saya yang sulung cepat-cepat ganti tempat saya...lagi pula dia mempunyai banyak pengalaman iaitu sudah mempunyai 4 menantu...Tapi saya nie, masih belum bermenantu lagi...anak sulung baru Tingkatan 4...

Wassallam

Ahad, Mei 08, 2011

Setiap Hari Adalah HARI IBU....

Selamat Hari Ibu...

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

************************************************************

Fakta Terbaru..

Hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

***********************************************************

P. Ramlee

Ibu

Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku

Bila ku berduka

Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku

Tempat menyatakan kasih

Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah

Yang menyinari hidupku

Sepanjang masa engkau berkorban

Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu

Engkaulah ratu hatiku

Tempatku menyerahkan kasih

Wahai ibu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...