Alhamdulillah...
Syukur kerana dapat jugak bonus untuk persediaan hari raya aidil fitri kali ini.. Dengar cerita kakitangan awam akan mendapat bonus setengah bulan gaji...
Walaupun tidaklah semewah bonus kakitangan swasta, namun bonus yang dengarnya akan dibayar pada pertengahan bulan ini dah memadai bagi saya dan keluarga.
Bagi yang belum berkeluarga, memanglah tampak mewah. Tapi bagi saya yang berkeluarga besar ini, pemberian bonus ini amatlah bererti dan mampu membuatkan anak-anak tersenyum.
Jika ada rezeki lebih dan suami saya mendapat cuti, kemungkinan besar saya akan beraya di dua tempat iaitu di emak saya ( Kota Tinggi, Johor ) dan rumah emak suami saya ( Machang, Kelantan ). Jika apa yang dirancang tidak menjadi, maka saya akan pergi beraya di Melaka sahaja.
Mudah-mudahan apa yang dirancang menjadi kenyataan...Insya Allah
Bagaimana dengan persiapan rakan-rakan maya dalam menyambut Hari Raya ????
Apa-apa pun, terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana pemberian bonus ini.
1 ulasan:
alhamdulillah...
aina pun dah senyum2 dengan husband malam tadi, kot2 le boleh dapat duit raya lebih tahun ini...
aina belum lagi kedengaran bonusnya cuma gossip2 aje...
Catat Ulasan