Isnin, Ogos 15, 2011

Hampir-hampir hilang ANAK!

Musim beli belah bermula...Saya dan suami pun sudah merancang mahu membeli barang keperluan anak-anak untuk hari raya nanti. Kebetulan pula, suami saya mendapat bonus dan bolehlah kami membeli belah. Destinasi kami hanyalah Plaza Angsana.

Bagi penduduk Johor Bahru terutama sekali penduduk melayu, tempat yang paling sesuai untuk membeli belah adalah di plaza ini.

Penat jugaklah melayan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan gaya. Masa inilah mereka boleh memilih baju, seluar dan kasut baru untuk dipakai semasa hari raya. Memanglah saya menjahit sendiri baju melayu dan baju kurung anak-anak saya. Namun, untuk pakaian berjalan kenalah beli yang baru jugak.

Menjelang petang barulah saya selesai membeli semua barang keperluan anak-anak. Pada sebelah petangnya, kami berbuka puasa di Restoran Singgah Selalu berhadapan dengan Danga Bay. Memang cukup ramai yang berbuka di situ sehingga terdapat kerusi di letakkan di bahagian luar dan bawah pokok.

Lauk memang banyak dihidangkan. Disebabkan terlalu ramai, makanan yang enak-enak cepat habis.

Balik rumah, anak-anak sudah tidak sabar untuk mencuba pakaian dan kasut baru masing-masing. Seronok melihat mereka gembira. Teringat pula masa kita kecil-kecil dahulu...

Tiba-tiba, anak sulung saya memberitahu bahawa kasut yang dibelinya berlainan saiz.!!!!!!

*************************************

Esoknya, saya bersama suami sekali lagi pergi ke Plaza Angsana untuk menukarkan saiz kasut anak saya itu, Kali ini saya hanya membawa tiga orang anak-anak saya yang masih kecil. Walaupun baru pukul 11 pagi, namun plaza tersebut sudah penuh dengan orang.

Setelah selesai menukar kasut anak saya, tiba-tiba saya teringin membeli jam tangan. Sebenarnya saya sudah lama tidak memakai jam tangan sebab jam saya hilang. Rasanya tidak sampai dua minit menjamu mata di kedai tersebut, saya lihat anak perempuan saya yang paling kecil tiada....Comel mana?, Comel mana? Comel mana?

Panik!!!!

Panik sangat-sangat... Saya mencari di kawasan sekitar...Tiada juga!

Saya dan suami berpecah mencari Comel... Kemudian kami bertemu semula tapi tetap tak jumpa Comel....

Saya dah mula mengelabah...Tidak tahu nak cari kat mana...Saya pusing semula tempat-tempat yang menarik perhatian kanak-kanak...Dalam fikiran saya dah terbayangkan bermacam-macam hal. Saya takut jika anak saya diculik. Dalam masa yang sama, saya teringat drama Kasih Alia. Saya takut anak saya akan dijual organ, dipotong kaki atau tangan untuk dijadikan peminta sedekah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya takut kehilangan anak saya...

Comel......Comel.... mana comel pergi nie?????

Akhirnya saya telefon suami saya untuk bertanyakan hal anak saya...

Syukur Alhamdulillah....Suami saya dapat juga berjumpa dengan anak saya di kaunter pertanyaan....

Lepas saya berjumpa dengan anak saya, macam nak nangis sahaja.. Saya terus dukung dan peluk comel sambil cium pipi comel berkali-kali... Kesihan Comel.. Mata comel merah menandakan dia juga menanggis mencari saya....

Selepas itu, saya memang tidak ada mood nak membeli belah lagi...Saya nak balik sahaja....

***************************************

Moral of this story.......JANGAN CUAI

Memang menjadi pengajaran kepada saya dan suami...Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila... Mungkin satu masa nanti saya akan ceritakan kembali kepada Comel bila dia sudah besar kelak...

Terima Kasih Allah kerana menemukan semula saya dan anak saya....

9 ulasan:

JunAina berkata...

memang menakutkan...hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan itu. aina pernah kehilangan si kecil berusia 3 tahun di klcc...bayangkanlah. nasib baik dia hanya duduk termanggu2 di kaunter burger king!

IMANSHAH berkata...

hati2 ye, nanti dokek2 rayo, lagi sebok

Soul Seeker berkata...

uishuishhhh, menakutkanlah kan kalau anak2 ni hilang. lagi2 dlm bln ni dah berapa kes budak hilang. Nauzubillah :)

teratai berkata...

pernah mengalami situasi yg sama, ketika membeli di pasar malam. Dalam asyik memilih pakaian, anak saya yang keempat masa tu berusia 3 thn hilang...tiba2 ternampak seorg makcik dukung!Makcik tu beritahu anak saya tu nak melintas jalan...syukur sangat2 anak saya selamat. Memang sejak itu, selalu pegang tangan anak2 terutama tempat yg ramai orang.

azieazah berkata...

Ya Allah, takutnya saya. Kalu bab anak ni, memang saya cukup takut.

Syukur lah tiada apa yang buruk berlaku, dapat jumpa semula.

Saya sendiri memang pegi shopping terlalu jarang bawa anak-anak. Saya pegi sendiri atau berdua suami saja. Takut tak terjaga, takut terlepas pandang...

Ramadhan: Nuzul Quran “bacalah...”

CikguIsya berkata...

saya lagila teruk..hampir tertinggal anak di zoo negara, ulu klang. Umurnya masa tu kurang dari 6 tahun. Adiknya yang tanya, mana kakak? Kami datang beramai-ramai dengan saudara-mara jadi saya ingat dia bersama makciknya. Saya turun cari dan dari jauh saya nampak dia mengekori sepasang anak muda. Lega saya. Memang hampir tiada orang lagi kerana zoo dah nak tutup masa tu.

padlie berkata...

Risau kalau bawa budak-budak ke supermarket.. Tambah lagi waktu orang ramai.. Sekelip mata je dia boleh hilang dari pandangan..

Halim Yazid pun ada buat lagu anak dia hilang dalam shopping.. Amy hilang dalam shopping..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

alhamdullilah nasib baik x ada apa2terjadi...BSB tak pernah bawa anak2 g tempat yg ramai org..sanggup bayar lebih kat nursery sbb nak tinggal kan anak2 kat sana.

Syimama berkata...

salam kunjungan diaidilfitri.. kongsi cerita juga, pernah berlaku pada diri waktu anak kecil2 hampir sama besar. sibuk shopping tiba2 sempena pembukaan mall. sorang anak hilang.. kelam kabut cari atas bawah, rupanya anak dah sampai pintu keluar sambil nangis.. keluarga india jumpa, bawa ke kaunter buat pengumuman, siap belikan coklat lagi.

Kalaulah jumpa org jahat, bawa keluar .. taktau apa nak kata. Kebetulan anak sorang ni memang berkulit gelap n hidung mancung. sampai sekarang adik beradik gelarkan "anak andia".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...