Selamat menjalani ibadat puasa bagi semua umat islam..Bermula petang semalam, banyak sudah ucapan diterima di handphone saya dan keluarga.
Bermulanya puasa ini, ada sesetengah orang sudah memikirkan bagaimana untuk pulang ke kampung halaman. Kebetulan pula, saya tidaklah memikirkannya sangat sebab tahun ini giliran saya pula beraya di Johor. Jadi, saya masih boleh jimat belanja.
Tetapi yang saya ingin kongsikan di sini ialah pengalaman saya membelikan tiket kereta api untuk adik ipar saya. Adik ipar saya ni pula sedang pratikal di Hospital Besar Pontian. Jadi, dia pun meminta tolong untuk membelikan tiket kereta api pulang ke Kelantan.
Pihak KTM Berhad pula sudah membuat jadual untuk membeli tiket mengikut hari-hari yang tertentu. Jadi, adik ipar saya ingin bertolak pada 26hb Ogos nanti. Maka, saya kenalah membeli tiket tersebut pada 28hb Julai.
Pagi 28hb Julai yang lalu, saya pun pergilah ke KTM Kempas Baru untuk membeli tiket. Tiba di KTM tersebut dah pukul 8.15 pagi dan ramai orang sudah beratur. Beratur punyalah beratur sampai pukul 9.30 masih tak dapat beli tiket lagi..
Dihadapan saya hanya tinggal 4 orang sahaja yang beratur, tiba-tiba saya lihat kerani penjual tiket menampal sehelai kertas yang bertulis macam gini...
"TIKET UNTUK 28HB OGOS 2011 SUDAH HABIS TERJUAL"
"HARAP MAKLUM"
Pehh......tak berbaloi saya berdiri lama-lama....tiket habis pulak..
****************************************************
Nak dijadikan cerita, esoknya saya rancang nak beli pula tiket untuk 27hb Ogos pula.. So saya pun hubungi pak cik saudara saya yang bekerja di Kempas untuk beratur bagi pihak saya...
Pukul 6.40 pagi, pak cik saudara saya sudah beratur... ( selamat )
Pukul 7.30 pagi saya pun tibalah di stesen tersebut. Saya lihat barisan sudah pun panjang macam semalam. Saya pun teruslah kebarisan hadapan untuk mencari pak cik saudara saya...
Tapi, saya terkejut.......
Di hadapan pak cik saudara saya tu, terdapat 11 orang lagi yang beratur!!!! Anda rasa pukul berapakah mereka tiba?..
Puhhh.... penat berdiri dengan keadaan yang rapat-rapat dan berhimpit-himpit..
Pukul 8.30 pagi baru kaunter dibuka...
Orang dah mula berebut-rebut dan menyerbu kaunter...Ada pula yang baru datang terus meluru ke hadapan.
Dalam hati saya "kurang ajar punya budak..."
Baru seorang beli tiket, kerani tiket memberitahu bahawa tiket kereta api malam sudah habis!!!
Baru seorang beli dah habis????
Mengamuk orang-orang yang berdiri di belakang...walhal saya rasa ada kira-kira hampir 100 orang sedang beratur...
Stesen tersebut dah mula kecoh!...terdapat juga beberapa orang yang dah mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang enak didengar di telinga..
Saya sudah seperti berada di negeri Kelantan...saya sorang sahaja orang Johor....keadaan hinggar binggar...semua menunjukkan muka tidak puas hati..
Saya cuma berharap tiket pulang ke kampung pada waktu pagi masih ada...namun bila tiba giliran saya di hadapan kaunter, cuma ada satu tiket sahaja sedangkan saya mahu membeli enam tiket... ( adik ipar saya 2 orang dan 4 lagi adalah kawan2 adik ipar saya )
TIKET HABISSSSS LAGIIIIII!!!!!!!...
Akhirnya, setelah dibincang-bincangkan dengan suami saya...maka saya pun belilah tiket untuk tarikh 24hb Ogos... Oleh itu, adik ipar saya dan kawan-kawannya terpaksa memohon cuti lebih cepat untuk pulang ke kampung...
p/s : saya sebenarnya hendak mengambil gambar masa suasana sedang kecoh tetapi saya takut pula akan dimarahi...
***************************
Apabila saya melalui pengalam ini, saya rasa sungguh bersyukur kerana saya masih lagi mempunyai kenderaan untuk pulang ke kampung. Kasihan pada mereka yang mencari kerja di perantauan dan tidak mempunyai kenderaan untuk pulang ke kampung. Mereka terpaksa berebut-rebut untuk membeli tiket.
Ini juga pengalaman berharga bagi saya...
7 ulasan:
kesian dengan anak perantauan kan.. banyak cabaran kalau nak pulang ke kampung ini
Memang kasihan dan kejadian ini menginsafkan saya...
kasihan juga pada mereka yang punya anak ramai..
selamat berpuasa cikgu.
cerita cikgu hampir sama dengan berita dua hari lepas. Ramai pelik sebab tiket habis awal sangat...
Nampaknya perantau makin ramai sekarang..
Saya dengar KTM nak sediakan keretapi tambahan nanti..
kesiannya..dah la terpaksa bersusah payah nak dapatkan tiket..
harap2 tiket bas ada lagi..risau juga ni sbb anak kat KL belum beli tiket lagi nih.Kalau x ada tiket,tpaksalah gi ambik!
Salam Ramadhan cikgu..lama x singgah sini:)
Catat Ulasan