Petang semalam, buat pertama kalinya saya menerima kunjungan orang yang tidak dikenali iaitu dua orang lelaki berusia lingkungan 20-an.
Bila dah kata hari raya, bermakna kenalah mempelawa mereka masuk ke rumah walaupun hati saya berat sekali. Ini kerana saya tidak menggalakkan budaya "pak we" "mak we" nie.
Lagi pula, anak-anak saya masih bersekolah dan tidak sesuai untuk mempunyai pasangan hidup. Tapi hidup di zaman serba mencabar dan terlalu banyak kemudahan komunikasi menyebabkan budaya ini sukar untuk dibendung. Begitu juga dengan anak-anak saya...
Sebagai seorang ibu yang belum pernah menghadapi situasi ini, saya mestilah berfikir panjang dan rasional. Sudah tentu saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu. Jadi sesi beraya semalam seperti menjadi satu sesi temu bual atau soal siasat. Banyak yang saya cuba tanyakan kepada pemuda tersebut dan dijawab dengan baik juga.
Namun, naluri saya masih lagi tidak menyenang kehadiran pemuda tersebut. Dan saya nyatakan kepada pemuda tersebut bahawa saya mahu anak saya belajar dahulu. Saya tidak mahu anak saya hanyut dengan sandiwara dunia seperti budak-budak lain. saya mahu anak saya berjaya dahulu dan boleh menguruskan hidupnya sendiri di masa hadapan.
Nampaknya pemuda tersebut faham.
Bukan niat untuk memutuskan hubungan mereka, namun saya berdoa supaya anak saya akan sedar bahawa apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan dirinya. Oleh itu, kemudahan "handphone" akan saya tarik balik. Ditambah pula, tidak lama lagi anak-anak saya akan menghadapi peperiksaan akhir tahun dan saya mahu mereka tumpukan perhatian kepada pelajaran..
Apa pula pandangan sahabat dalam menangani permasalah diatas?
Boleh kongsikan bersama-sama...
6 ulasan:
Naluri seorg ibu,pasti selalu ingin melindungi anak2nya. Jika saya ditempat cikgu CTe, saya pun akan bertindak demikian.
Kalau setakat berkawan biasa tak apa macam kawan2 sekolah, tapi kalau yg lelaki dah umur 20an sedangkan anak2 masih lagi bersekolah rasanya memang tak sesuai berpakwe makwe..itu pandangan saya.
teratai dan WC: terima kasih kerana memberi pendapat. saya rasa semua ibu memang nak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kadang2 saya buntu memikirkan hal anak2 ini..
Saya rasa saya sangat faham perasaan Cikgu Siti tu. Saya pun ada anak dara belasan tahun (2 orang).
Dulu saya benarkan hp dimiliki depa masa Tgkatan 5. Sekarang cara nak berkawan dah mudah sangat. Yup, kita memang boleh kawal, itu hak kita sebagai ibubapa. Terangkan agar mereka faham.
Kita tak upaya nak kawal semua di luar rumah, tapi kalu kita bermula dari rumah, insyaAllah boleh.
Sekat hp mungkin terlalu drastik, tetapi kawal tetap kena kawal.
anak cikgu umur berapa tahun?
pkwe spe sbnrnyer??Adhwa or iqah...? ermm lelaki umur 20-an..zaman skg mmg tak hairan sekiranya budak yg masih sekolah bercinta dgn org yang berusia dari mereka...tpi sbgai ibu bapa lbih baik klu cuba nasihatkan anak2 ttg hal ni..berkwn mmg tak pe..tetapi akan jadi satu memusykilkan sekiranya lelaki berusia 20-an brcinta dgn budak sekolah...sbb bagi mereka bdk sekolah ni mudah dipengaruhi dan masih "hingusan" dalm bercinta..malah remaja diperingkat sekolah ini punya perasaan ingin disayangi oleh orang lain selain dari keluarga menyebabkn mereka ingin merasai cinta..tapi pepn..lelaki tuh mmg berani tuk dtg ke rumah yerr...mgkin alasannyer Hari Raya..huhuu..mcm biase lah itu dialog nyer..diorg ingt ibu bapa tak bolh nak agak siapa mereka..kwan or kekasih!!!
Catat Ulasan