Peperiksaan PMR tinggal beberapa hari lagi....
Rasanya ramai calon PMR sudah semakin berdebar-debar untuk menghadapi hari tersebut.
Bagi yang sudah bersedia, syukur alhamdulillah...
Masa inilah untuk mereka menenangkan fikiran dan menumpukan semua perhatian kepada peperiksaan yang akan mendatang kelak..
Tetapi bagi sesiapa yang masih dalam angan-angan ( nak berjaya tapi tidak berusaha ), masih lagi dengan dunia mereka, akan merasakan bahawa mereka masih lagi tidak terancam..masih boleh bergembira...
Begitulah dengan kejadian yang saya alami sendiri.. Bermula naik sekolah selepas cuti raya tempoh hari sampailah hari ini, latih tubi tidak putus-putus dilakukan untuk kecemerlangan para pelajar .. Saya rasa bukan sekolah saya sahaja malah sekolah lain juga sedang bertungkus lumus untuk persediaan menghadapi peperiksaan ini...Masing-masing mahu memastikan para pelajar mereka lulus dengan cemerlang...
Para pelajar sudah mula bingung, celaru, keliru dan macam-macam lagi perasaan yang bergelora dalam hati mereka. Kadang-kadang mereka sampai tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi. Tidak tahu mana satu yang perlu diulang kaji...
Sampaikan terjadinya dialog seperti dibawah....
"Ok semua, saya hendak terangkan tentang ciri-ciri iklim.. tolong tumpukan perhatian..."
"Malaysia beriklim khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun...maksud lembap itu ialah hujan dalam bahasa ringkasnya.."
"Kalau lembap itu menandakan hujan yang turun, apa pula maksud panas??"
"PANAS ITU SEJUK, CIKGU!!!" kata seorang pelajar lelaki dengan penuh keyakinan..
"Hah!! Panas tu sejuk???" jerkah saya...
Semua pelajar ketawa.... saya pun ketawa besar juga...
Kelas ini bukan kelas galus ( gagal lulus ) tetapi kelas yang baik... kenapa pelajar tersebut boleh berkata begitu???
Saya rasa sebab KELIRU, CELARU, dan sekeluarga dengannya....
Kepada calon-calon PMR, ambillah kesempatan yang ada ini untuk menenangkan fikiran anda, tarik nafas panjang-panjang....barulah buka buku dan ulang kaji pelajaran yang lemah...
6 ulasan:
betul la tu, bila saat2 akhir begini macam2 la dorang rasa, dah banyak sgt masuk sampai kadang jadi bingung.apa pun harapan kita agar mereka akan dapat menjawab dengan baik.
upsr dah habis...lepas nie PMR...
risau sangat murid2 tu... sekarang ni masa utk dorang cool down a bit kot :)
Semoga terus tabah dan sabar dalam mendidik anak bangsa..
Maklumlah pelajar2 kita sekarang ni macam2 perangai dia orang...
teringat dengan jawapan anak murid saya ttng sifat gunung lipat tua yg dah tertukar dng sifat gunung lipat muda!
Akhirnya saya buat pbandingan mcm ni
gunung lipat tua tu cikgu yg dah tua...x aktif lg
gunung lipat muda tu ~ anak murid,yg masih aktif...!semua gelak n faham!
Mak bapak pun risau dan celaru!
Catat Ulasan