Hari raya tahun ini cukup bermakna kepada saya dan keluarga kerana saya berhari raya di 2 negeri iaitu Kota Tinggi, Johor ( rumah keluarga saya ) dan di Machang, Kelantan ( rumah keluarga suami saya ). Hari raya pertama di Johor dan hari raya ke 2 dah berada di Kelantan...
Seperti biasa, kami memang suka berpakaian sedondon.. Tahun ini, kami memilih warna ungu muda.. Pada hari raya ini juga, saya meraikan sekali hari lahir anak sulung saya, Nurul Adhwa. Kebetulan tarikh lahir Adhwa pada 30hb Ogos jadi saya hanya dapat membelikan kek hari jadi dan memotong kek tersebut bersama-sama pak cik, mak cik dan sepupu-sepupunya sahaja..
Bagaimana dengan sambutan hari raya rakan-rakan sekelian..pasti lebih hebat lagi kan???
7 ulasan:
Eh,eh sama pula pilihan warna baju raya kita,keluarga saya thn ni pun pilih warna ungu tp ungu gelap! Thn ni raya sekejap je sbb lepas tu sibuk nak hantar angah belajar di UM pula! Balik sekejap je di kg (KT), raya ketiga dah balik ke Kuantan!
Selamat Hari Raya! cantiknya!
Teratai dn wc : selamat hari raya...
comeynya si kecik pakai tudung...
Selamat Hari Raya Kak..kami kaler gold!
selamat hari raya juga...sweet color ungu tue..lembut
Norina dn BSB : Selamat hari raya juga...
hai manis2nya sekeluarga..lebih2 lagi mak dan anak2 dara tu.
Catat Ulasan