Jumaat, November 11, 2011

Masih terasa penatnya...

Tiba-tiba sahaja terasa rindu dengan blog ini...nak buat entry baru asyik tak sempat sahaja...

Tapi nak juga catatkan sesuatu di sini ...

2 hari yang memenatkan di sekolah...

Hari Rabu

Urus jamuan untuk kelas tingkatan 3 Dinamik 3. Raya Haji pun masih berfikir-fikir nak buat apa dengan wang yang dipunggut pada hari jumaat lepas.. Adalah tak sampai RM100. Pelajar2 saya bercitarasa mewah..nak Mc Donald atau KFC...mana cukup!.. Akhirnya, saya orderkan meehoon soto dan soto nasi... lain-lain dibawa oleh mereka sendiri...

Hari Khamis...

Urus Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pengawas...Lagi penat sebab sekolah asyik cuti sahaja..Kekangan masa.... Deepavali cuti seminggu lepas tu Hari Raya Aidil Adha cuti 4 hari...Akhirnya tak buat di hotel hanya buat di sekolah sahaja...Para pengawas pun baru lepas peperiksaan... Pengawas tingkatan 3 pula dah macam biskut... kejap ada kejap tiada....tak banyak yang mereka boleh bantu so yang kena uruskan balik semula kepada guru-guru penasihatnya....itu yang jadi penat....

Tapi berbaloi juga dengan kepenatan ini sebab semua yang diuruskan berjalan dengan jayanya...

Terima kasih kepada yang membantu...

2 ulasan:

Ce'gu JAERA berkata...

alhamdulillah.. seronokkan jadi seorang cikgu... penat2 pun tapi puas hati atas apa yang kita sumbangkan utk murid2

whitecappuccino berkata...

Samala dgn saya, kat sekolah minggu lepas penat menguruskan jamuan projek SPM dan juga jamuan pengawas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...