Rabu, Disember 14, 2011

Jom pergi Golok, Thailand...

Cuti lepas, saya berkesempatan pergi ke Naratiwat, Thailand. Saya bukannya mempunyai passpot antarabangsa. Pernah juga jejakkan kaki di Singapura, tapi menggunakan passport khas dan sudah tamat tempoh..

Semuanya tiada dalam perancangan saya...Suami saya ingin melawat saudaranya di Pekan golok, sudah lama pula kami tidak menziarahi dia. Kali terakhir kami menziarahi beliau pada 16 tahun yang lepas. Jadi dikesempatan ini, keluarga saya dan dua keluarga lagi bertolak ke Rantau Panjang untuk merentasi Sungai Golok yang merupakan sempadan Antarabangsa antara Malaysia – Thailand.

Gambar ni diambil oleh suami saya menggunakan kamera cap ayam aje..Ketika ini saya dan keluarga sebelah suami saya sedang menunggu bot dari seberang tebing..sementara suami saya sudah menyeberanginya terlebih dahulu...

Kedudukan Rantau Panjang dengan Pekan Golok tidak sampai 50 meter sahaja. Kalaulah sungai tu cetek, sudah pasti mudah sahaja untuk direntasinya. Terlalu dekat.

Untuk merentasi sungai tersebut, kita perlu menggunakan bot yang mengenakan tambang RM1.00 sahaja sementara budak pula percuma. Dan yang paling penting TANPA PASPORT!

Berdebar-debar juga...anak-anak mula cuak dan sentiasa berdoa agar tidak tenggelam...

Kata orang kalau kita berada di pekan Golok , nyawa kita umpama dihujung tanduk sahaja. Ini kerana penduduk di selatan Thailand ini bebas menggunakan senjata api. Takut juga saya namun buang sahaja perasaan tersebut. Almaklumlah, saya dan keluarga seperti pendatang haram tanpa izin. Kalau ada apa-apa yang terjadi, umpama MATI KATAK sahaja...

Alhamdulillah kami selamat pergi dan pulang.

2 ulasan:

Gen2Merah berkata...

golok ni mesti banyak barang2 yang murah2 kan...
bila la ada masa nak jalan2 sana ni

shah berkata...

Dri golok ke narathiwat xperlu pkai passport ker??jauh x dari golok ke narathiwat tu.teringin jugak nak pergi.dengar cerita byk sekatan jalan xkena thn ker dgn askar thailand kalau xde passport.keadaan selamat tak??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...