Khamis, Mac 24, 2011

ALASAN PONTENG

Catatan 1

"Emak, hari ini ila tak mahu pergi sekolah. Rasa macam nak demam sebab tekak perit, badan sejuk, kepala berat macam ada batu. Emak tolong telefon cikgu beritahu ila tak sihat," rengek Aqilah..

"Eh, isnin lepas ila cakap sakit perut, tapi kemudian segar bugar saja duduk depan televisyen tengok Astro. Hari ni demam pulak? Baiklah, kalau ila tak sihat, jom mak bawak pergi klinik mintak doktor beri injection yea..."

Bila dengar sahaja perkataan injection tu, ila cepat-cepat bangkit dari tempat tidur dan bergegas menyiapkan diri untuk ke sekolah, Pelik sungguh tadi beriya-iya demam tapi sekarang bersungguh-sungguh nak pergi ke sekolah apabila diajak ke klinik..

Akhirnya persoalan terungkai jua apabila aqilah tidak mahu ke sekolah sebab tidak siap kerja sekolah yang disuruh oleh gurunya. banyak pulak tu...

************************************************
Catatan 2

Semalam saya di pantau oleh En Mariapan.. Oleh sebab tidak mahu membawa banyak bahan bantu mengajar, saya masuklah ke bilik Geografi...lebih mudah sebab semua bahan bantu mengajar ada di dalam bilik tersebut... Alhamdulillah semuanya okey...

Sebenarnya dah banyak hari beliau mahu memantau pengajaran saya di dalam kelas, namun saya cuba mengelak ( biasalah banyak kerja )..rasa mahu ponteng jugak???

Petang tadi saya pantau seorang guru baru sesi petang...guru matematik...masuk kelas yang 1 A 9...kelas hujung tu...bila saya masuk sahaja ( lewat sikit ), ketua kelas beri ucapan selamat sejahtera pada saya...mungkin cikgu tersebut sudah memberitahu tentang kehadiran saya kot...Keadaan kelas terkawal mungkin saya ada dalam kelas tersebut agaknya...lagi pula pelajar tersebut tidak mengenali saya sebab saya mengajar sesi pagi...

bukan nak cerita tentang cikgu berkenaan tetapi tentang seorang pelajar cina di dalam kelas tersebut yang bersiul tanpa menghiraukan kehadiran saya dan cikgu berkenaan di dalam kelas...bukankah kurang ajar ??? rasa nak menjerit sahaja saya kepada pelajar cina tersebut...tapi memandangkan saya ni tetamu...saya cuma lihat sahaja cara cikgu baru tersebut menangani masalah tersebut...

sebelum keluar, saya menyuruh guru berkenaan menulis nama pelajar tersebut dalam buku ponteng kelas yang disediakan...dalam buku tersebut, guru boleh mencatat segala kesalahan pelajar..Cikgu tersebut juga mengatakan kepada saya bahawa pelajar tersebut sebenarnya selalu ponteng kelas matematik dan dia sendiri tidak sangka, pelajar terbabit akan ada masa saya memantau kelas ini..

mungkin pelajar tersebut tidak suka mata pelajaran Matematik kot...

**************************************************

catatan 3

Dua hari ni, sekolah sedang sibuk mengadakan raptai untuk majlis anugerah cemerlang dan mesyuarat agung PIBG. Banyak jugaklah acara-acara yang dipersembahkan kepada ibu bapa nanti...Ada koir, ada nyanyian pelajar, ada persembahan pelajar pelbagai bangsa...dan tahun ini agak unik sikit sebab ada gamelan yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tingkatan 2... Semasa penyampaian hadiah kepada para pelajar kelak, bunyi gamelan akan kedengaran seiring. ( ala-ala majlis konvo gitu ..)

semasa majlis raptai ni, maka ramailah pelajar-pelajar yang berkeliaran disebabkan cikgu tidak masuk kelas kerana terlibat dengan raptai..akan tetapi bilangan pelajar yang ponteng juga lebih ramai kerana ingin melihat persembahan-persembahan pelajar...

bila di tanya....terlibat dengan persembahan dan kawad.??? entah betul...entah tidak...

****************************************************

Secara umumnya, dari pengalaman saya punca ponteng nie ialah:

Pelajar malas untuk ke kelas atau kelas-kelas tertentu.. macam anak saya pun kadang-kadang malas jugak nak ke sekolah agama terutamanya...sebab katanya , ustazah selalu tak ada kat sekolah!.

Pelajar tidak minat untuk belajar...Ini memang situasi biasa bagi pelajar sekarang...ramai yang rasa terpaksa sahaja...tapi yang hairannya, mereka sangatlah rajin datang ke sekolah tetapi suka ponteng kelas!.

Pelajar mempunyai masalah peribadi sehinggakan malas untuk datang ke sekolah atau masuk ke kelas tertentu...Memang bengang kalau masuk ke kelas , kalau hanya hendak mendengar bebelan cikgu kan?? lebih-lebih lagi, jika asyik2 nama kita sahaja yang dipanggil dan disindir....

Pelajar terpengaruh dengan pelbagai hiburan ....kalau dah malam-malam asyik pergi ke RED BOX kat Jaya Jasco memanglah malas nak pergi sekolah keesokan harinya...lagi-lagi kalau dah pergi jom heboh....

pelajar terpengaruh dengan rakan yang tidak bersekolah...Ini lagi kuat pengaruhnya....kadang-kadang, pelajar mengadu kat saya yang rakan mereka tidak masuk ke sekolah tapi pusing balik ke tempat lain pulak...kesian kat emak bapak diorang yang hantar sampai pagar...dan bila balik aje ambil anak2 kat dpn pagar jugak...

dan banyak lagi sebab-sebab lain....

jadi kita sebagai ibu bapa kenalah prihatin dengan anak-anak kita tu....Depan kita perangai lain...belakang lagilah lain....

Selasa, Mac 22, 2011

DI PANTAU DAN MEMANTAU...

Kena Pantau???....Memantau???

Apa pantau - pantau nie???...

Minggu ni adalah minggu terakhir bagi pemantauan guru-guru di sekolah saya. Mana-mana cikgu yang suad dipantau, legalah...dan bagi yang belum tu...tunggulah giliran anda...

Petang tadi, cikgu yang duduk disebelah saya, Cikgu Rohaida @ Mok Da, gementar saja..sebab cikgu nie akan dipantau oleh Puan Pengetua.. Saya tau mungkin macam-macam perasaan yang melanda kalau kita mengetahui bahawa kita akan dipantau oleh pengetua...kalau guru penolong kanan tu, okey jugak tapi ini puan...mesti macam2 perasaan kan?... tenang....setiap tahun kita akan hadapai hal ini...

Teringat tahun lepas, puan pengetua ni asyik masuk memantau kelas saya sahaja.. dalam satu minggu tu adalah dua tiga kali...Cuak jugak tapi bila dah kerap sangat jadi macam biasa sahaja...Ini kerana pengetua memang suka mata pelajaran Geografi...Kadang2 puan pengetua pulak yang mengajar di hadapan sementara saya pula berdiri di belakang...Ini semua gara-gara pelajar tidak tahu jawapan semasa ditanya oleh pengetua...

Esok, giliran saya pula dipantau oleh guru senior saya..En Mariappan....sama level ..kira okeylah....Saya buat mana yang mampu sahaja...tidak lah seperti guru-guru muda yang lain memang banyak bahan bantu mengajar....siap dengan kertas mahjung...

pada saya, kalau buat macam-macam pun kalau cikgu tiada keyakinan pun tak guna..perlu ada keyakinan...barulah apa yang hendak diajar akan masuk ke dalam otak pelajar...

Pengalaman dahulu mengajar saya..sudah banyak kali saya di pantau oleh guru-guru yang lebih tinggi pangkatnya dari saya.. kalau pengetua, memang banyak kali...maklumlah orang glamour...asyik-asyik kena pantau aje...Mula-mula dulu memang saya akan bawa sebemban alat bantu mengajar...siap bawa glop, bawak peta atau carta dan macam2 lagi...sampai tak cukup masa nak buat latihan...

Tapi itu cerita dulu...sekarang nak kata banyak pengalaman taklah jugak...tapi cukup gunakan bahan sedia ada sahaja..cuma satu bahan bantu mengajar aje...yang paling penting cara penyampaian guru..mesti ada nada...kejap naik, kejap turun, kejap mendatar, kejap tinggi dan macam2 lagi...jangan lupa mesti ada iklan sikit.... ( nasihatlah )....

**********************************************

catatan memantau guru pulak

Tahun ni, dah bertambah tugas untuk saya ...almaklumlah dah jadi guru senior... tak kanlah nak jadi cikgu junior aje...gred pun dah naik sikit...so tugas pun kena tambah...

untuk minggu nie sahaja , saya kena memantau empat orang guru...dua orang guru lama dan 2 orang guru baru....seram jugaklah nak pantau guru lama yang sorang nie...rasa macam tak layak pulak sebab salah seorang guru yang saya nak pantau nie adalah guru cemerlang!...saya belum sampai tahap guru cemerlang....dah diarahkan untuk pantau ,jadi saya layan ajelah....

kalau nak pantau tu, kenalah masuk sekali kelas guru tersebut sambil melihat guru tersebut mengajar, mengawal pelajar , menyelia buku-buku latihan dan nota dan macam-macam lagi...ala-ala nazir....

Tapi, saya taklah lokek sangat..kalau dah namanya cikgu, sebelum masuk ke alam pendidikan nie..guru-guru ni kan dah di latih dengan kaedah2 atau teknik pengajaran dan pembelajaran..So, tak ada masalahlah untuk cikgu-cikgu ini dipantau...

**************************************************

teringat saya pada seorang guru muda yang masuk ke sekolah saya dahulu...kasihan dengan cikgu ini ( orang Terengganu ) dah lah kecil molek, suara amatlah perlahan...tapi mungkin parent dia memang nak dia jadi cikgu, so dia jadilah cikgu...

Disebabkan suara yang amat perlahan, pengetua sarankan dia supaya memakai alat microphone kecil...( dah lupa namanya )..Tapi bebudak sangatlah nakal..di usik2 lagi benda tu ...akhirnya, cikgu tu makin stress...

Kestressan ( bahasa pasar ) cikgu tu dah tahap melampau...sampai hilang ingatan...last2 di hantar balik ke Terengganu dan sampai sekarang saya tak tau apa jadi dengan cikgu tersebut...kesian...kesian...

Isnin, Mac 21, 2011

Belajarlah anak-anak ku....

Kenal lagi dengan wajah di bawah?

Rasanya ramai yang masih tidak lupakan wajah ini kan?...Inilah NUR AMALINA CHE BAKRI, pelajar yang telah menggemparkan negara kerana mendapat 17A dalam SPM tahun 2004.

Pelajar ini sekarang berada di UK dan sedang belajar di universiti Edinburgh dalam bidang perubatan.

saya pernah bertanya dengan cikgu geografi beliau semasa di SMK Ulu Tiram iaitu Pn Chong yang sekarang menjadi guru kanan di SMK Taman Daya, mengapa Amalina tidak mengambil mata pelajaran Geografi?..kalau tidak dia pasti mendapat 18A...Namun Pn Chong mengatakan bahawa Amalina tidak begitu baik dalam mata pelajaran ini...walaupun beliau mendapat Geografi A dalam PMR namun beliau tidak pasti untuk mendapat A dalam mata pelajaran tersebut...

selepas itu, berebut-rebutlah pelajar-pelajar yang cuba memecahkan rekod Amalina. dan pada SPM 2007 maka pecahlah rekodnya .. seorang pelajar lelaki mendapat 21A iaitu

AZALI AZLAN

pelajar SMK Agama Yan, Kedah.

**********************************************

sebenarnya, disini saya hendak berkongsi dengan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini....UPSR, PMR , SPM atau pun STPM...

Di bawah disertakan teknik yang diamalkan oleh Amalina untuk berjaya dalam peperiksaan...

TEKNIK BELAJAR NUR AMALINA

MENGINGATI PELAJARAN “Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran .Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan.Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji.”

BAGAIMANA MENGUASAI KESEMUA MATAPELAJARAN? “Daripada sepuluh matapelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu,hanya satu matapelajaran,iaitu Prisip Akaun,saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya.Yang lain,saya belajar sendiri di rumah.Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan.”

TIP MENGINGATI FORMULA & FAKTA. Buat nota ringkas Lukis peta minda apabila mengulangkaji @ mempelajari tajuk baru Wujudkan kata kunci Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa Buat latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati. Ulangkaji di rumah secara berterusan.

TIP MENGUAT INGATAN Tumpu perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Berfikiran positif. Fikir perkara berf.aedah saja Elak berfikir perkara yang memesong & merosakkan minda. Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan & makanan segera. Jangan minum minuman bergas.

MENGHAFAL @ MEMAHAMI Ramai orang yang silap anggap.Saya tidak pernah menghafal matapelajaran membabi buta .Waktu mengulangkaji saya memahami sesuatu konsep itu terlebih dahulu.Faham lebih penting. “Saya memahami konsep & idea sesuatu topik.Apabila telah faham mudahlah untuk ingat.Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu.”

LANGKAH MENGULANGKAJI Semak sekali lalu bab yang hendak di ulangkaji. Baca tajuk besar terlebih dahulu. Baca tajuk kecil. Teliti & cuba fahami gambar,gambarajah,ilustrasi & jadual yang tertera dalam bab tersebut. Apabila mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk,teliti isinya secara detail. Tandakan isi-isi penting dengan ‘highlighter’ di buku teks @ saya buat peta minda dalam buku nota khas. Cari @ reka sendiri kata kunci. Pada masa yang sama mengingat. Ulangkaji awal ,jangan tunggu sehingga saat terakhir sebelum peperiksaan.

KAEDAH MEMAHAMI Fahami sesuatu konsep secara menyeluruh. Setelah faham barulah mudah mengingat data @ menghafal. Hafal membutu tuli belum tentu dapat @ faham. Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda. Minda hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang di pelajari.

STUDY HARD @ STUDY SMART? Study Hard menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study Smart pula memahami sesuatu topik dengan pantas & selebihnya menggunakan minda untuk memberikan hujah & penjelasan. Study Hard & Study Smart sama penting. Kalau bolah kita hendaklah study hard dan study snart! ‘Dan’ BUKAN ‘atau’. Jangan belajar last minute. Belajar last minute menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain.Kalau anada belajar & mengulangkaji awal,anda mempunyai masa yang panjang & selesa untuk study smart.Bagaimanapun korbankan benyak masa jika anda mahu cemerlang.Minta bantuan guru apaapa yang tidak difahami.

TETAPKAN TEKNIK BELAJAR. “Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan.Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan didalam peperiksaan dengan senang & mendapat keputusan yang cemerlang.”

PERANAN SOALAN RAMALAN & SOALAN TAHUN-TAHUN LEPAS “Soalan ramalan biasanya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern & kekerapan sesuatu topik itu keluar.Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting.Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat.Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.” “Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar.Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan.Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan.”

PENTINGNYA STUDY GROUP “Di sekolah,saya ada study group sendiri.Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji & berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas.Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin,di taman,@ di pusat sumber. “Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat & perbincangan yang mantap.Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam.Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik.” “Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami . Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain.” “Suatu perkara yang kami sentiasa pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan & tidak terlalu banyak bermain & ketawa .ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak di capai di dalam jangka masa yang di tetapkan.”

PERANAN NOTA - Paling banyak membantu pembelajaran,jadi beri keutamaan. - Mengelakkan membaca buku teks yang tebal - Mengukuhkan kefahaman. - Pembelajaran yang cepat & tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja. - Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan. - Mudah menghubungkaitkan sesuatu peristiwa dengan yang lain. - Ketika menyediakan nota,bina kata kunci & hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain. - Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei @ menjawab soalan peperiksaan.

-

PERANAN PETA MINDA “Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan.Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan kepada anda supaya berkesan.Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar @ mengulangkaji untuk memahami urutan,proses @ peristiwa “Membina peta minda mengelakkan anda daripada mengantuk.Gunakan warna @ dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian keika belajar.Ini akan merangsangkan otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat.” “Ketika mengulangkaji pula,peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas,padat & mengikut turutan @ aliran .Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan.

MENGULANGKAJI “Semua pelajar perlu mengulangkaji pelajaran.Pelajaran hendaklah diulangkaji sebelum 24 jam berlalu.Jika dilewatkan lebih daripada itu, 80% daripada bahan yang dipelajari di dalam kelas akan hilang @ lupa.Gunakan masa pada sebelah petang & malam untuk mengulangkaji hingga selesai. “Untuk menghadapi peperiksaan ,ulangkaji harus dimulakan lebih awal untuk mengelakkan kesibukan di saat-saat akhir.

HARI SABTU & AHAD Hari Sabtu & Ahad hendaklah digunakan untuk mengulangkaji dan menyelesaikan topik yang dipelajari dalam masa seminggu yang berlalu.Pastikan mana topik yang susah dan yang belum difahami supaya boleh bertanya kepada guru apabila sekolah dibuka pada hari Isnin. Di sampimg itu,gunakan juga masa hujung minggu untuk membaca topik yang akan dipelajari pada minggu depan sepintas lalu.

*******************************************

Saya titipkan entry ini untuk anak-anak saya, Nurul Adhwa, Nurul Afiqah dan Nurul Aqilah....

tidak dilupakan juga kepada pelajar-pelajar saya yang akan menduduki peperiksan PMR terutama para pelajar SMK Taman Daya 2...

Semoga Berjaya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...