Sabtu, Mei 07, 2011

Panas! panas! Panas!

Hari yang sangat panas...Bahang siang tadi masih terasa lagi sampai ke malam...

Bila sudah panas, minda asyik teringatkan air batu sahaja...malangnya dalam peti ais saya tiada air batu...

Petang tadi, suami saya sibuk mmengajak saya mencari Air Batu Campur (ABC) special kat Kg Melayu Majidie...

Tiba sana, bukan main lagi ramainya pelanggan yang berbaris menunggu ABC tersebut....mungkin dengan keadaan yang panas nie....

Rata-rata meja yang terdapat di tempat makan itu, semua mesti ada ABC.....semua kehausan dan nak menyejukkan tekak masing-masing...

Ini semua gara-gara cuaca yang sangat panas sekarang ini....

Akhirnya dapat juga saya membasahi tekak ini dengan ABC Special ini......

*******************************************

Sedih bila keluarkan lappy dari beg.....bucunya pecah...macam nak nangis sahaja gamaknya...

Ini mesti kes mintak tolong seorang pengawas tu untuk mengangkatkan beg lappy saya nie....Tiba-tiba jatuh depan mata saya....bila dah jatuh , dah tak boleh berkata apa-apa....

Nak salahkan pengawas tu pun tak guna juga sebab salah saya sendiri...Selalunya saya sendiri yang membawanya tapi tah pagi tu, boleh pulak saya mintak tolong pengawas tersebut....

benda dah berlaku....redha aje lah....

*****************************************************

Tiba-tiba teringat kan emak saya di rumah kakak saya di Kota Tinggi...Anak Saudara cakap emak saya sakit bisa kaki....mungkin kesan daripada penyakit kencing manisnya tu agaknya...

Mudah-mudahan, emak saya sihat semula sebab bila emak saya duduk di kampung, emak tidak akan berpantang makan....itu yang penyakitnya bertambah serius...

Insya Allah, saya akan menjenguk emak saya esok...

Apa-apa pun , untuk mak saya......Selamat Hari Ibu Mak......

Khamis, Mei 05, 2011

Sial Punya Cikgu....

Terkejut saya bila membaca luahan hati seorang pelajar ini....Pelajar ini bukanlah belajar di sekolah saya.....Tapi memang mengejutkan..

Sebagai seorang cikgu, saya rasa memang tidak senang dengan kenyataan ini...kerjaya cikgu ini amat dihormati, mulia dan disanjungi...Kenapa senang-senang sahaja mereka sialkan cikgu???

Kalau anda seorang cikgu, adakah anda akan suka kalau terdapat pelajar yang menulis sebegini????

"EeEeeEEEe,,,gram nya ary ni........sial punye ckgu,,,,dy engat x skit kep kna pkol......adoi!!! dh la kna at peha 3 kli....at tgn ckali....sdih cngt"

Betul-betul mengecewakan....cikgu ibarat ibu atau bapa pelajar semasa di sekolah...apabila pelajar membuat kesalahan yang melanggar peraturan sekolah, tak salah untuk cikgu mengambil tindakan kepada pelajar...Ini semua adalah untuk mendidik pelajar berkenaan supaya menjadi pelajar yang lebih berdisiplin...

Pada saya, tiada seorang cikgu pun yang akan bertindak menghukum pelajar tanpa sebab...Hanya cikgu yang tidak betul ( mempunyai masalah mental ) sahaja yang boleh menghukum pelajar tanpa sebab. Mesti ada yang tidak kena di mata cikgu tersebut sehingga menghukum pelajar tersebut...

Sebagai pelajar pula, jika pelajar tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, bertanyalah dengan cikgu tersebut...apa kesalahan saya?...Kenapa perlu takut untuk bertanyakan soalan tapi tidak takut untuk membuat perkara yang melanggar disiplin sekolah?...Allah memberikan mulut dan suara...jadi gunakan...

Pada saya, saya akan memberitahu pelajar segala kesalahan sebelum saya menjatuhkan hukuman.Dan jika ada pelajar yang cuba menafikannya, saya akan mendengarnya...pelajar pula kalau nak bertanya tu jangnlah dalam nada marah...meninggikan suara!

Cara tersebut memang tidak betul...kerana dari itonasi pelajar tersebut sahaja telah menggambarkan sikap pelajar itu yang sebenarnya...Ini akan menaikkan lagi kemarahan cikgu yang terlibat...

Sebagai cikgu juga kita perlulah bertindak rasional...

jangan mengambil tindakan secara terburu-buru...

soal siasat dahulu...

Benarkan pelajar untuk membela diri mereka dahulu...

Bila sudah sahih, ada bukti...barulah tindakan yang sesuai perlu diambil...kenalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kementerian...

Jadi tak akan terjadinya sial menyial ini....

Kepada pelajar terbabit, jika anda terlalu bencikan cikgu tersebut pun janganlah diluahkan di fb...jika cikgu tersebut membacanya atau diketahui oleh cikgu yang lain..perkara ini akan dibawa ke pengetahuan Pengetua...kes ini akan menjadi lebih serius...dan impaknya adalah kepada ibu bapa pelajar terbabit...dan saya pasti cikgu terbabit akan mengambil tindakan kepada pelajar ini jika dia mengetahuinya...

Sebelum menaip tu fikirkanlah dahulu bahasa anda...

*******************************************

Sekarang, pelajar di sekolah saya suka meluahkan perasaan benci mereka di dinding-dinding sekolah...hanya cikgu-cikgu yang bertuah sahaja mendapat pengiktirafan tersebut....Selalunya nama cikgu disiplin lah...nasib baik nama saya belum lagi dinobatkan di dinding tersebut...mungkin saya belum cukup garang lagi kot....

Selasa, Mei 03, 2011

Minggu Peperiksaan.....Semoga berjaya....

Minggu peperiksaan sudah datang...Para pelajar mulai sibuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan pertengahan tahun...

Saya rasa bukan sahaja di sekolah saya malah di sekolah seluruh Malaysia pun sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun..Walaupun hanya peperiksaan pertengahan tahun sahaja, tetapi peperiksaan ini juga penting kepada para pelajar untuk menilai prestasi pelajar sama ada boleh menguasai sesuatu mata pelajaran atau pun tidak...

Minggu ni, pelajar menengah atas iaitu tingkatan lima dan tingkatan empat, sudah mula menduduki peperiksaan...Sementara pelajar menengah rendah pula akan bermula minggu hadapan...begitu juga dengan sekolah rendah pun bermula minggu hadapan...Anak saya yang tadika tu pun akan mula exam 10hb nie....

Sementara para pelajar sibuk mengulangkaji, guru-guru pula sibuk membuat overtime ( tak berbayar ) untuk mengetip ( stapler ) kertas-kertas soalan yang telah dicetak..Sekarang lebih mudah sebab kebanyakan soalan adalah setara..Tetapi ada juga mata pelajaran yang terpaksa dibuat sendiri oleh cikgu-cikgu sendiri....

Untuk mengelakkan soalan daripada bocor, sekolah saya telah membuat sistem mengetip soalan tersendiri.. Guru akan mengetip soalan yang bukan diajar oleh mereka..contohnya cikgu Bahasa Melayu akan mengetip soalan Bahasa Inggeris....macam gitulah....

Selain itu juga, pelajar kenalah bersungguh-sungguh untuk menjawab walaupun bukan peperiksaan akhir tahun...Ini kerana keputusan peperiksaan pertengahan tahun ini selalunya akan di ambil oleh ibu bapa di sekolah..Kalau pelajar tidak mendapat keputusan yang baik, ini akan memalukan ibu bapa untuk hadir ke sekolah dan berhadapan dengan guru mereka...

Yang penting releks yea...tenangkan fikiran, banyakkan mengulang kaji pelajaran dan jawablah dengan selesa....

Dahulu saya pernah keluarkan entry "Belajarlah anak-anakku...", Dalam entry ini ada resepi-resepi kejayaan dan cara belajar berkesan yang diamalkan oleh pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang...Bacalah yea...

Kepada semua pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh...semoga anda cemerlang dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan kali ini...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...