Selasa, Januari 17, 2012

Serupa ke?

Bila saya publish gambar  di bawah ni dalam facebook, semua cakap muka saya macam ustazah Nor Siti Bahyah...

Mana sama kan?

(muka yang sangat kepenatan...)

Saya tidak secantik ustazah..dan pendek sikit..bagai langit dengan bumi..
mana mungkin boleh sama...

Sebenarnya, gambar ni saya ambil semasa saya menghantar anak-anak saya pergi ke Seminar Anak Hebat anjuran SNB Kasih . Syarikat tersebut adalah syarikat ustazah Siti Nor Bahyah dan keluarga.

Seminar ini telah diadakan pada masa cuti bulan lepas dan diadakan di MRSM, Batu Pahat, Johor..


Inilah anak-anak saya yang saya hantar untuk hadiri seminar ini..anak ketiga saya tidak dapat menyertai seminar ini kerana sakit.

Alhamdulillah, seminar ini telah merubah sikap anak saya ke arah yang lebih baik...

Isnin, Januari 16, 2012

Pindah Tempat Baru..penat!

Sabtu lepas, semua guru dikehendaki hadir ke sekolah untuk bergotong royong mengemaskan bilik guru..Disamping itu juga, Kelab KEBIRUs telah mengadakan majlis kecil atau pot luck untuk meraikan  guru yang bakal berpindah dan cikgu yang baru berkahwin. 

Sebelum itu, kami semua mengemas bilik guru bersama-sama. Banyak barang yang perlu di buang..agak sayang juga lebih-lebih lagi hadiah-hadiah pemberian para pelajar. Tapi terpaksa membuangnya sebab dah terlampau lama..

Dikesempatan ini, saya mengambil keputusan berpindah tempat duduk. sudah lebih 10 tahun duduk di tempat yang sama, jadi hari sabtu lepas mencipta sejarah baru apabila saya mengambil keputusan berpindah tempat duduk yang baru pula..

Bila berpindah ke tempat baru, macam ginilah bersepahnya...banyak barang perlu disusun semula...
Ini sudah kali ke dua mengemas tempat ini..semakin dikemas semakin banyak kertas dan buku yang dibuang..tak habis-habis..  Sebenarnya, kalau boleh semuanya berharga dan sayang hendak dibuang namun untuk mengelakkan banyak kota di bawah meja, terpaksa pejamkan mata dan buang sahaja..

Untung pekerja sekolah sebab dapat duit tambahan dengan menjual kertas-kertas tersebut..sehinggakan mereka terlampau penat untuk mengangkat buku dan kertas lama itu.. ada yang sakit pinggang lagi..

Ini hanya sebahagian barangan dari tempat saya..

Untuk hari tersebut sahaja, kami telah temui tempat menternak tikus.. terdapat guru yang nampak keluarga tikus ini tapi cikgu lelaki tidak dapat menangkapnya..kira tikus tersebut masih ada dalam bilik guru dan masih bebas...

Apa-apa pun, gotong royong hari sabtu lepas sungguh memenatkan dan kerja mengemas di meja saya masih lagi belum selesai..

Jadi hari ahad semalam adalah hari merehatkan tubuh...


Isnin, Januari 09, 2012

Makan Nasi putih Dengan Lauk Orang Miskin.

Teringat masa kecil-kecil, keluarga saya tidak hidup mewah..dan masih tidak hidup mewah pun sekarang ni...

Kadang-kadang bila terasa lapar dan emak tak balik lagi dari ladang kelapa sawit, saya akan memasak nasi dahulu...

Kalau terlampau lapar, saya akan makan nasi putih yang masih panas dan campurkan dengan margerin...sedap......anda pernah ke rasa nasi nie?

Makan macam gitu sahaja...memang sedap!



Kalau margerin tak ada, saya akan ambil lebihan atau sisa minyak goreng ikan..dahulu emak saya suka kumpulkan lebihan minyak goreng ikan..bila dah 2 atau 3 hari , minyak tersebut akan menjadi pekat..

Ambil minyak yang pekat tu barang sesudu dua, selepas tu gaul dengan nasi putih panas..sedap juga!

Anda berani makan nasi macam gini???


Sekarang, saya tak pernah lagi makan dengan cara macam gini...dah gantikan dengan kicap..dahulu kicap pun kami tak mampu nak beli...mungkin mahal kot..

Alhamdulillah, anak-anak saya tidak merasai apa yang saya alami..makan pun sentiasa ada lauk walaupun tidak banyak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...