Ahad, April 03, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL - BERMULA!!!

Inilah entry saya yang paling pendek!!!!

Dengan rendah diri, saya menyertai cabaran dunia blogger.....

sila klik banner di atas untuk keterangan lanjut...

NAIK SALAH, TURUN PUN SALAH...

Salam pagi ahad, semoga anda semua ceria selalu.....

Pagi ini saya nak kongsikan satu cerita yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat kita sekarang ini....cerita ini saya peroleh daripada sebuah buku yang saya pinjam dari perpustakaan sekolah saya yang bertajuk "Resipi Kejayaan untuk PENGAWAS"...

Bukan sebab saya nak jadi pengawas tetapi saya mahu mencari isi-isi penting untuk tujuan pengisian ucapan saya bagi majlis pelantikan pengawas pada esok pagi...

Bila saya belek-belek buku tersebut, terdapat beberapa kisah yang menarik yang boleh dikongsikan disini...

Kisahnya begini....

Pada zaman dahulu di negara Arab, ramai individu menunggang keldai sebagai kenderaan. seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor keldai. Kedua-dua mereka menaiki keldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan itu menarik perhatian ramai.

Ada antara mereka berkata " Ini kes aniaya. Keldai itu saiznya kecil. Dua orang pula naik. Itu menyeksa binatang. Tidak ada perikemanusiaan langsung."

Si bapa mendengar komen mereka. lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas keldai. si bapa meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Mereka melalui sekumpulan manusia..

Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik keldai, bapanya dibiarkan berjalan."

Si anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang keldai. Si anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas keldai. Mereka melalui sekumpulan manusia.

Sekali lagi mereka mendengar runggutan,"Bapa tidak ada otak, dia naik keldai, anaknya dibiarkan berjalan."

Mendengar komen tersebut, si bapa turun dan berjalan bersama-sama anak. Keldai dibiarkan berjalan bersendirian. Sekali lagi mereka melalui sekumpulan manusia.

Masih ada yang komen, "apalah bodohnya orang tua ini. Ada keldai tapi tak mahu naik. Kalau macam ini, lebih baik jangan bawa keldai."

Mendengar kata-kata ini, si bapa itu pun memberitahu anaknya, "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan individu. Ada sahaja yang tidak betul. kalau kita ikut kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita perlu fikir dahulu dan buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka."

***************************************

Macam mana?...

sama tak dengan masyarakat kita hari ini???

Macam gitulah dengan masyarakat kita hari ini...apa sahaja yang kita buat akan dipandang serong oleh orang lain...mereka tak faham situasi ....hanya yang mereka tahu memberi pandangan yang negatif....

Macam majlis perkahwinan, ada sahaja yang tidak kena dengan majlis tersebut...makanan tak sedaplah, pengantin tak sama padan lah, pelamin tak cantiklah, solekan tak sesuailah, pengantin banyak jerawatlah, inai tak merahlah, lokek sbb tak dapat berkatlah, membazirlah....dan 1001 macam komen lagi yang tak mampu saya senaraikan...

Tapi yang sepatutnya kita amalkan ialah " yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan".

Sabtu, April 02, 2011

SALAHKAH SAYA???

Niat saya baik...saya mahu orang muda sekarang bersopan santun dan berhemah dalam berbicara...

Salahkah saya, jika saya menegur mereka???

Mungkin saya tak layak kot?

Saya pun bukannya pengecut seperti yang dilakukan oleh en anon dan cik anon tu yang menyamar apabila hendak mengkritik sesebuah blog tu...saya tak menghina...saya memberikan komen yang membina....saya mempunyai adab melayu yang masih dijaga...Tapi apabila teguran saya tidak di terima , saya dapat komen macam gini melalui shout box....

Saya benci blog iniape kahh ceriat kat sini ? entah apo2 aje

Ceritanya begini....saya termasuk ke dalam satu blog budak lelaki muda...mungkin belasan tahun kot atau tak habis sekolah lagi...tetiba saya terbaca satu entry yang lawak...tapi lawak dia menggunakan bahasa yang kurang sopan....so, saya pun meletakkan satu komen yang saya rasa sungguhlah sopan...sebab kitakan orang melayu...

Dalam komen saya tu, saya sempat pujilah bahawa entry dia buat pagi nie memang menarik tetapi ada satu lawak dia yang mencacatkannya....

Tup-tup saya check shoutbox saya ada komen macam gitu...sah-sahlah budak tu yang hantar...betul tak??? ada dia cakap blog saya nie entah apa2 aje???dia tak baca ke???

Kenapa dia tulis macam gitu???mungkin entry saya tak sekepala dengan kepala dia ke???agaknya dia suka dengan entry yang tak ada makna???mungkin dia suka entry yang macam budak-budak tak sekolah tu kot????

Untuk Makluman....

Saya buka blogger yang suka menceritakan lawak bodoh.....

saya bukan orang yang suka menulis benda-benda yang tak berfaedah...

saya bukan orang yang tak berpengetahuan...

Saya bukan suka menjaja-jaja cerita-cerita gila....

Saya bukan hipokrit

Itu semua bukan saya....

Kalaulah saya nie orang yang kurang ajar dah tentu saya akan menjawab "ADA AKU KISAH!!!"

Untuk pengetahuan pembaca, saya nie jenis yang terus terang...tak suka sembunyi-sembunyi...Tapi saya rasa, teguran saya memang berbekas di hati budak itu selama-lamanya.....Biarlah dia dengan dunia dia...tugas saya dah selesai untuk dalam menasihati generasi muda yang sekarang semakin teruk tingkahlakunya....

Yang pasti komen tu membuatkan saya tersenyummmm....orang yang celik akal sahaja dapat menilainya...

P/S...saya suka dengan satu blog yang bila saya kritik dia, dia ambil kritikan saya sebagai satu kritikan membina....dan blogger tu lebih popular daripada budak di atas...dan tak menyombong diri....sila klik di SINI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...