Selasa, Oktober 11, 2011

Akhirnya, bebas daripada belenggu peperiksaan.

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan PMR...

Bagi pelajar yang selesai semalam, mungkin sudah meraikan kegembiraan mereka..bagi pelajar yang mengambil bahasa Arab, bahasa Cina dan bahasa Tamil, hari ini baru boleh meraikannya..Esok mereka dan mula bersekolah seperti biasa namun mereka tidaklah belajar..

Dan guru-guru mula sibuk menyediakan pelbagai aktiviti untuk mereka ...

Teringat semasa saya menunggu keputusan SRP keluar dahulu...cikgu-cikgu di sekolah saya rancak mengadakan program yang sememangnya menyeronokkan saya untuk menghadirkan diri ke sekolah...

Namun sekarang berlainan, banyak aktiviti yang tidak dapat dijalankan kerana kurang sambutan daripada pelajar. Asyik-asyik pelajar yang sama sahaja ...Kebanyakan pelajar suka duduk di rumah (ponteng sekolahlah...)... dan rasanya ramai yang akan mencari wang saku ( cari kerja ) untuk merasa memegang hasil titik peluh sendiri...

Kadang-kadang saya sentiasa berfikir...aktiviti apa yang boleh menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah????

4 ulasan:

A.s.t.i.n.a berkata...

rasa2nya kan cikgu..
budak2 sekarang leka dengan gadget yg mcm2 ada sekarang...
dunia maya..

whitecappuccino berkata...

Samala kat sekolah saya pun..lepas PMR dorang memang tak nak datang sekolah ..aktiviti utk mereka pun terbengkalai..agaknya suruh main PS kat sekolah baru ramai2 dtg kot :)

azieazah berkata...

Dunia sekolah dan sistem pendidikan sekarang sudah jauh berbeza dgn zaman Kak Azie dulu.

Dulu disebut SRP. Dan selepas SRP, kami tetap pegi sekolah sebab cikgu2 kami masa itu suka buat macam2 xtvt antaranya Talentime, Karaoke dan juga tayangan video (dulu CD lum wujud).

Kelas dijadikan bilik tayangan, dan kami jaga pintu kutip sorang 20 sen. hehehe seronok gak.

Filem masa tu, Hindustan, Qurbani! hehehe

Cik Pulau berkata...

ehhmm.. bila la cik pulau nak bergelar cikgu ni..
agaknya, bila cik pulau dah mula mengajar nanti, mesti lagi hebat cabarannya..
mcm mana la kerenah budak2 tu nt..ehhmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...