Akhirnya perancangan yang diatur sejak sekian lama tercapai jua ..
Anak-anaklah yang paling gembira sekali..
Sebagaimana yang diketahui, rakyat Johor Bahru ( mungkin saya sahaja kot ) terutamanya, kurang tempat-tempat beriadah seperti ini. Saya dan keluarga pernah pergi ke Taman Tema Air Starhill di Kempas, tapi kurang menarik dan taman tema air di Tiram pula dalam kawasan bangunan pasar raya Giant. saya pernah nak masuk tapi macam tak berbaloi pula..
Dahulu semasa saya pergi ke Kuala Lumpur, saya sekeluarga merancang untuk mandi di Sunway Lagoon, namun tidak tercapai kerana kaunter tiket telah tutup...Terlewatlah...
Mungkin tempat ini tidak sama dengan Sunway Lagoon, namun berbaloilah dapat mandi sepuas-puasnya...Dengan melayangkan RM118.00 untuk saya dan anak-anak saya, anak-anak saya memang menggunakan sepenuhnya perkhidmatan yang disediakan...habis semua tempat hendak dicubanya...
Dalam pada itu jua saya sebagai ibu memang sentiasa memerhatikan mereka dan sesungguhnya saya cukup bimbang dengan keselamatan mereka. namun alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
6 ulasan:
saya pun suka g waterpark..kan Johor memang takde kan.kalau ada,memang boleh dapat profitlah.
Wonderland ni sama dengan A Famosa Waterpark yang sebelah A Famosa Safari tu ke?
wahhh, tengok gambar2 ni pun saya dah rasa keseronokannya... hebat..
norina : ini taman tema yang baru..terletak di air keruh belakang taman buaya..
Gen2 : memang sangat seronok sbb selama ni saya tak pernah mencubanya...bila anak dah besar baru berpeluang...
memang seronokkan main air nih! Di Kuantan ada satu~Gambang Water Park...seronok!!
pergi tempat2 macam tu memang anak2 enjoy sangat. kajang dan melaka taklah jauh sangat, nanti bolehlah pergi...
Catat Ulasan