Bulatin Utama di TV3 sebentar tadi menguar-uarkan tentang hujan lebat yang akan melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya negeri Kelantan dan Terengganu..
Dengan kata lain, musim tengkujuh akan melanda negeri-negeri tersebut...Tadi pagi, kami , guru-guru wanita juga ada berbual mengenai perkara ini.. kemungkinan negeri Johor juga akan kena tempias sama dan dijangka juga akan mengalami banjir besar..betul ke???
Saya selalu menerangkan kepada anak-anak saya bahawa hujan yang kita alami bulan lepas adalah hujan yang berpunca daripada tiupan angin Sumatera.. Sebab itulah hujan yang melanda kawasan JB ni kerap berlaku di waktu petang dan awal pagi..Kadang-kadang kita panggil hujan peralihan monsun iaitu dari angin monsun barat daya bertukar kepada angin monsun timur laut..
Dan sekarang bulan November, jadi angin yang bertiup adalah angin Monsun Timur Laut..Ini kerana angin yang membawa hujan lebat ini bertiup dari bulan November hingga bulan Mac 2011 nanti.. Disebabkan angin ini melalui Laut China Selatan yang luas itu, ia membawa angin lembab yang akan menurunkan hujan yang lebat ke negeri-negeri pantai timur sehingga menyebabkan banjir yang besar..Selalunya laut akan bergelora dan nelayan tidak akan boleh pergi ke laut. Inilah yang dipanggil musim tengkujuh...
Ramai orang tidak tahu apa di musim tengkujuh? dan ada juga yang dah tahu namun tidak tahu untuk menerangkannya...saya cuma mahu berkongsi ilmu pengetahuan sahaja... saya suka subjek Geografi dan mahukan para pelajar saya faham dengan sistem angin ini...namun mereka masih tidak dapat mengaitkannya walaupun sudah mengalaminya..
Selalunya jika musim tengkujuh berlaku, orang ramai selalunya ditegah daripada bermandi manda di tepi-tepi laut. Namun kalau musim cuti sahaja, mesti ada kita dengar berita tentang kematian atau lemas...Lagi ganas ombak , lagi suka mereka yang degil mandi...
Kata orang, sediakan payung sebelum hujan, berhati-hatilah yea...
*Suka bermain dengan banjir sebab kawasan saya tak pernah banjir...*
4 ulasan:
bukan hanya d semenanjung, di sabah pun hujan setiap hari setiap malam.... prlunya kita jaga diri di hari2 macam ni..
sediakan payung sebelum hujan kan cikgu..
Semalam pun dah hujan macam nak banjir tapi hari ni cuaca panas..risau juga takut tahun ni banjir besar..
selamat pagi cikgu..
november kembali pasti banjir jadinya..
tapi ayu suka suasana sejuk..
lagilah november my birthday..
hehehhe
(bilalah kita akan bersua?)
Gen2: betul2 tu..tapi sabah lagi risau sbb ada ribut tropika...
WC: wlpn rumah saya tak banjir namun klu tempat lain banjir susah jugak nak bergerak..
Ayu: selamat hari lahir ayu...
Catat Ulasan