Khamis, Disember 15, 2011

ASAM PEDAS JOHOR LAGI POWERR!!!

Assalamualaikum wbt..Salam jumpa kembali..

Cuti ini saya berkesempatan pergi ke Melaka. Hairankan? Kenapa saya asyik bercuti di Melaka sahaja..Sebenarnya suami saya bekerja di sini. Sudah lama suami saya bekerja di Melaka dan bila cuti sahaja, saya memang membawa anak-anak saya tinggal di Melaka untuk beberapa hari...

Melaka memang terkenal dengan distinasi-distinasi pelancongan menarik yang sememangnya menggamit pelancong dalam dan luar negara untuk melawat ke sini. Dalam entry-entri saya yang lalu, sudah banyak saya menceritakan pengalam saya melawat tempat-tempat yang menarik di Melaka.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi tentang makanan pula..Setelah terlalu kerap saya singgah di Melaka, suami saya telah beberapa kali membawa saya makan..( jalan-jalan cari makan )..Beliau sangat gemar membawa kami anak beranak makan ikan bakai di Umbai..

Sebenarnya makan ikan bakar ni biasa sahaja bagi semua orang..Memanglah sedap tapi mahal. Anehnya di Melaka ini, ikan bakar selalunya dihidangkan dengan nasi lemak!..Layan ajelah.....

Hari tu, suami saya membawa kami makan asam pedas Melaka.. Dengar cerita Melaka ini popular juga dengan hidangan asam pedasnya. Ramai yang suka dengan asam pedas Melaka.

Gambar pinjam kat google...

Pernah dahulu saya dipelawa makan malam di rumah rakan suami saya, kami dihidangkan dengan lauk asam pedas jugak.. dan baru-baru ini pula suami saya sekali lagi membawa kami makan asam pedas di medan selera bersebelahan Pasar Borong Batu Berendam..

Bukannya tidak sedap..Jangan marah yea orang Melaka...Cuma tekak saya nie tekak orang Johor atau nama lainnya tekak orang Jawa...Asam pedasnya tidak power!.

Dibandingkan dengan asam pedas di Batu Pahat, memang sedap dan power! Terliur bila saya teringatkannya...kelebihannya asam pedas di sini dicampur dengan sayur masin atau sayur jeruk..mungkin untuk menggantikan penggunaan asam kot..Insya Allah, hujung minggu ini saya nak ajak suami saya ke sana...

Tapi yang membuatkan saya terliur sekali ialah asam pedas masakan emak saya dan kakak saya..Puhhh, memang power!..pekat, likat, sgt pedas, cukup rasa dan sememangnya akan membuatkan panas perut sesudah memakannya...memang sedap!!!!..( dah terliur nie he he he ) tidak perlu campur sayur jeruk , cuma banyakkan daun kesum sahaja...wow!!!

Saya?..bukan saya tidak pandai masak tapi suami saya memang tidak gemar asam pedas Johor..Terlalu pedas katanya...almaklumlah orang Kelantan..masakannya manis-manis sahaja. Anak-anak juga tidak berapa menggemarinya kecuali anak kedua saya sahaja....

Okeylah, ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk kali ini..Selamat beristirehat semua..

Wassalam..

5 ulasan:

whitecappuccino berkata...

teringin nak makan asam pedas yang kaw2! dah lama tak makan.

JunAina berkata...

jgn terkejut pulak bila pergi ke perlis kerana asam pedasnya memang totally berlainan dari asam pedas johor atau melaka...:)

Tinta Emas berkata...

WC: Asam Pedas kaw2... tempat mana lagi yang sedap?

Jun: Asam pedas belah utara memang lain kan?..rasanya sama sahaja dgn Kedah punya...tak pedas dan merah..

Ce'gu JAERA berkata...

mmg faveret saya ni.. nyum nyummiiiii

Papa-NtiQ berkata...

saya ni orang jb tapi kalu pegi ke melaka tengok anak, MESTI pegi asam pedas kat gerai sebelah hotel straits meridian. bukak malam je tapi the BEST. ada dua gerai...yg jauh skit tu sedap bukan mengadap bangunan. kat johor nih saya rasa yg best ada beberapa tempat citarasa saya paling best di restoran dalam stadium pasir gudang. Hmm...kalu senang2 tu singgah la her kat blog saya www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal tempat makan best dan tolong la yer register sebagai follower TQ TQ TQ maklum la blog baru nih sunyi jerrrrrr hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...