Jumaat, Disember 16, 2011

Merentasi Banjaran Titiwangsa..

Kali ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya menyusuri jalan-jalan di Banjaran Titiwangsa ketika saya dan keluarga pulang ke Kelantan baru-baru ini..

Sudah acapkali kami menyusuri negeri-negeri pantai timur, kali ini suami saya memutuskan untuk menggunakan jalan lain pula iaitu melalui Grik,Perak.

Jika kita melalui Grik, kita akan melihat keindahan beberapa buah tasik yang banyak terdapat di Perak seperti Tasik Temenggor, Tasik Chendering, Tasik Banding dan lain-lain lagi.

Selepas menyusuri tasik, kami telah dihidangkan dengan pemandangan-pemandangan yang menarik sekali..Jadi saya tidak melepaskan peluang mengambil beberapa gambar di kawasan rehat khas yang terletak tinggi dari aras laut..

SubahanAllah...Suasana pun macam di Genting Higland...nyaman dan sejuk...

Kabus sana sini...cantik sangat! umpama tasik kabus sahaja...

Perjalanan selepas itu, agak menyukarkan juga kerana keadaan suhu semakin sejuk dan ada kala kami terpaksa merempuh kabus yang sangat tebal...

Umpama memasuki alam lain...alam bunian!!!seramnya...

Anak-anak begitu teruja mengeluarkan tangan ingin merasa kabus tersebut....sejuk!!!!

Alhamdulillah, walaupun kami lambat tiba Kelantan , namun ini merupakan pengalaman yang paling berharga bagi saya dan anak-anak...

3 ulasan:

Unknown berkata...

pemandangan yg indah lagi damai...

Unknown berkata...

subhanallah..
cantiknya

saya pernah susur jalan yang sama pada tahun 2004, jelajah 1 malaysia.. mmg rasa sangat dekat dengan hidupan dan alam semulajadi

teratai berkata...

cantik kan keindahan alam semulajadi ciptaan Allah, suci dan bersih lagi nyaman udaranya!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...