Tertarik dengan sajak di dada akhbar hari ini..Jom kita hayati...
AKU BANGGA MENJADI GURU...
Aku bangga menjadi guru,
kerana tulus hatiku,
sabar mendidik,
mengasuh anak-anak mengenali diri,
menjadi manusia,
berhati mulia taat pada Yang Esa.
Aku bangga menjadi guru
kerana tugasku mengajar
anak-anak,
mengerti hayati erti merdeka,
mengajar berbakti pada diri,
agama, bangsa dan negara.
Aku bangga menjadi guru
kerana ramai muridku hidupnya
berjaya
pegawai, doktor dan jurutera,
ada juga kontraktor dan
wartawan ternama,
ada yang menjual ikan di pasar
menjual air tebu di kaki lima,
menjadi buruh, petani atau
tentera,
yang baik dan setia
Aku bangga menjadi guru
kerana tugasnya mulia.
hasil nukilan,
SYED MASRI SAYED IBRAHIM
Kuala Terengganu
7 ulasan:
saya pun bangga menjadi seorang guru..
ku juga berbangga..=)
memang bangga menjadi guru:)
btw,penulis sajak tu bekas pengetua SMK Chendering, kawan sejawatan semasa saya mengajar di SMK Panji Alam, K. Trg.
aku bangga jadi guru...dan salah satu sebabnya dlm doa ada part bhgn guru iaitu "Ya Allah, Kau Ampunilah Dosa Guruku".
Saya bukan guru tapi saya bangga dgn guru2 yg dpt mendidik anak bangsa menjadi insan yg berguna.
saya bangga dengan mereka yg menjadi guru..
Sertai GA: CsP nak bagi Hadiah!!!
Daudsu mohon maaf. Padlie tak boleh terima..
sy pun bangga utk menjadi bakal guru, ehee~
Catat Ulasan