Khamis, Jun 16, 2011

JANGANLAH TIRU 100%

Budaya meniru memang sudah tidak asing bagi kita.

Baik meniru semasa peperiksaan, meniru kertas kerja, meniru orang lain dan macam-macam lagi

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah meniru untuk membuat kerja kursus Geografi dan Sejarah yang diwajibkan kepada para pelajar PMR tahun ini.

Kebetulan, saya membuat entry panduan untuk kerja kursus mata pelajaran ini. Tujuan saya adalah untuk membantu dan memudahkan para pelajar dalam menyiapkan kerja kursus ini.Blog ini juga dibuat salah satu faktornya adalah untuk penyebaran ilmu kepada semua..

TAPI

Nampaknya, saya rasa sedih dengan sesetengah pelajar yang meminta izin untuk memciplak atau meniru 100% panduan saya tanpa mengubahnya dan seterusnya menjadi sebuah buku skrap. Beberapa kali juga saya sudah nasihatkan kepada mereka bahawa perbuatan mereka yang tidak bijaksana ini akan memakan diri mereka.

Ini kerana, saya membuat panduan untuk memahami mereka sahaja bukan kerja kursus yang lengkap. Saya mahu mereka berusaha mengubahnya untuk menjadi satu karya mereka sendiri dan sesuaikan dengan tempat tinggal mereka.

NAMUN

Saya kecewa...

Inilah yang saya hadapi dengan pelajar saya sendiri yang suka meniru 100 % panduan dan rujukan dalam blog saya ini.Akibatnya, saya terpaksa menyuruh mereka membuat semula sebahagian kerja kursus ini kerana ada maklumatnya tidak ada di kawasan kajian mereka.

Inilah sikap pelajar sekarang, bila kita kasi peha, mereka nak betis!!

Oleh sebab itulah saya membuat entry melekat di atas post ini sebagai ingatan kepada para pelajar supaya tidak meniru atau menceduk idea di blog ini 100%. Sebab saya hanya membuat panduan sahaja bukan satu kerja kursus yang lengkap...

5 ulasan:

CikguIsya berkata...

samala..pelajar tiru membabi buta, ada maklumat tak relevan dengan kawasan kajian..ada pelajar yang 'main salin' saja daripada kawan mereka tanpa membaca. Jadinya, ejaan salah, perkataanpun tak ada maana!

teratai berkata...

berkongsi kecewa dengan cikgu CTE...

nini berkata...

erm...ni kisah budak sekolah...kalau kisah budak u plak...selalu plagiat jugak....erm...

cassey d_alchemist berkata...

salam cikgu..... sye x tru 100 % pon ckgu pnye contoh..... mak sye jge guru geografi, dye britahu sye bhwe blog ckgu ini umum.... jdi x bleh kalu nk tru kesemuanye.....

Tanpa Nama berkata...

sabar je lah cikgu.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...