Rabu, Oktober 26, 2011

Buat Lawatan sendiri...

Hari Isnin yang lalu, anak-anak sibuk nak pergi jalan-jalan.. maklumlah cuti seminggu..

Jadi, timbul pula idea nak bawa mereka pergi ke Kota Tinggi.. Niat hati nak jalan-jalan mencuci mata melihat kain baju sebab Pekan Kota Tinggi tu umpama "Syurga Kain."

Tengoklah betapa gembiranya anak-anak saya ini...siap berposing di hadapan peta yang besar ini...dah macam pahlawan zaman moden pula...

Tiba-tiba teringat nak melawat Muzium sejarah Kota Tinggi. Sekurang-kurangnya mereka dapatlah juga pengetahuan mengenai sejarah awal Kota Tinggi..

Sempatlah bergambar sekeping sahaja..

Tak dapat pegang meriam yang besar, meriam yang kecil jadilah....

Sebenarnya, kami tidak dibenarkan bergambar di dalam muzium, tapi degil jugak..kami tangkaplah gambar sikit-sikit...

Biasalah, bila bawa anak kecil ke muzium nie, mereka nak cepat keluar aje sebab mereka takut sikit.. almaklumlah.. suasana di muzium nie suram-suram sahaja...takutlah mereka...

Apa-apa pun mereka semua sangat gembira kerana dapat melawat muzium tersebut. Walaupun masa singkat ( tiba pukul 4.10 petang dan muzium tutup pukul 4.30 petang ), namun masa tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya...

Esok, Insya Allah kami akan bertolak ke Bandar Raya Bersejarah Melaka dengan menaiki kereta api...Nak drive sendiri, malas pulak...agak memenatkan so ambil pengalaman naik kereta api..

Akhir kata, Selamat bercuti dan selamat menyambut Deepavali..

3 ulasan:

whitecappuccino berkata...

lawatan yang bermanfaat..

Tinta Emas berkata...

terima kasih WC

Ce'gu JAERA berkata...

hehehe..sempat lagi ambil gambar2 curi dalam tu ya... memang kalau dalam muzium.. suram dan menyeramkan... maklumlah.. sejarah yang tinggal sejarah.. sunyi sepi... heeee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...