Belanjawan dah selesai dibentangkan oleh PM kita semalam. Berdebar-debar juga saya menantikan saat PM nak bentangkan belanjawan negara tu, suasana kat luar rumah pun sama juga, suhu sejuk, langit sentiasa mendung, hujan selebat-lebat tidak diikuti dengan kilat sambung menyambung sejak pukul 2.30 petang lagi...
Alhamdulillah, kakitangan awam mendapat sebahagian lagi bonus pada hujung tahun ini...terima kasih kepada Kerajaan Malaysia..
Memang sudah menjadi kebiasaan manusia..memang tidak akan berpuas hati dengan pemberian yang diberi.. ada sahaja tidak berpuas hati... Kalau tak diberi, akan dikata..dah diberi pun masih juga dikata...
Hari ini terbaca dalam akhbar Harian Metro, banyak pendapat yang ditanya dan dinyatakan..rata-ratanya suka dan gembira dengan pembentangan ini..Bagi yang bekerja swasta pula, memanglah tak berapa menggembirakan sebab nasib mereka masih lagi belum terbela..
Saya paling tertarik dengan kenyataan bahawa yuran sekolah dimansuhkan..Alhamdulillah sebab akhirnya orang yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka tanpa bebanan yuran lagi...Bagi yang berkemampuan pula tak akan merasa apa-apa..
Dalam banyak-banyak pendapat terdapat pula pendapat yang menyatakan alangkah baiknya kalau yuran PIBG juga dimansuhkan.... Ada pendapat pula menyarankan supaya buku-buku latihan juga diberi percuma...Ini dah melampau!!!!.....
Inilah yang dikatakan "Diberi peha nak betis"...geram juga saya dengan kenyataan tersebut... Sepatutnya mereka bersyukur...
3 ulasan:
biasalh..tak pernah puas hati ..
totally agree with you Kak Ct..dahla sorang student dah dapat RM100..
rasa syukur dgn keputusan memansuhkan yuran sekolah tu... apa nak buat. orang lain semua ok kot, cuma saya jer sering bayar yuran sekolah bila sekolah dah berada di ujung-ujung.... bukan semua orang berduit kat malaysia ni :(
Catat Ulasan