Perjalanan kehidupan yang penuh onak dan duri ...membawa kebahagiaan hingga ke akhirnya..
Sabtu, Januari 28, 2012
Peminat tegar...
Setiap helaian CD dalam album tersebutt, en suami saya akan labelkan dengan "marker" dari nombor 1 hinggalah ....( tak kira pula saya...)
Masuk sahaja kereta, en suami saya akan memasukkan CD tersebut dalam CD player kereta.. Sepanjang perjalanan asyik mendengar suara artis popular lelaki ini sahaja.. Kami anak-beranak tidak dibenarkan berbual kuat-kuat, habis ditegurnya..Kadang-kadang saya hendak bercerita juga dengan en suami saya ini maklumlah bukannya senang dapat duduk bersama-sama, namun nasib saya sama juga dengan anak-anak...kena diam..
Dari satu CD ke satu CD dimainkannya... saya dan anak-anak hanya ikut mendengarnya..
Kadang-kadang terfikir pula, masa dalam keretalah kita boleh berbual dan bergurau senda dengan en suami serta anak-anak...tapi peluang tersebut ditutup dek artis popular dalam CD tersebut..
Namun, kali ini berlainan pula bila mana en suami saya ni sudah menjadi peminat tegar atau fanatik kepada artis lelaki popular ini...Kadang-kadang geram juga tapi sabar ajelah..
Minat en suami saya kepada artis yang semakin popular ini bermula melalui youtube sahaja.. Tahun lepas, balik sahaja kerja, mesti en suami akan membuka youtube artis lelaki ini...macam dah lali saya dibuatnya..
Ingatkan kat rumah sahaja, sekarang dibelinya CD banyak-banyak dan didengarnya pula di dalam kereta..
Nasib baik kami positif dan hanyut juga mendengarnya..
Nak tau siapa yang diminatinya tanpa mengira masa???
Khamis, Januari 26, 2012
Kasihan pada kura-kura...
Rabu, Januari 25, 2012
GEOMAGNET STORM AKAN MENIMPA BUMI???
atau Ribut Geomagnet, pernah dengar???
Saya sendiri pun tidak pernah mendengarnya..Selama ini saya tidak mengambil tahu..tiba-tiba sahaja saya mendengar tentang hal ini dalam Bulatin Utama TV3...
Selalu senario aneh macam gini membuatkan saya takut..seperti tanda-tanda besar kiamat!
Walaubagaimana cuaknya saya pun mengenai senario ini, saya terus meng"explore" tentang hal ini..
Saya tertarik dengan kisah ini dan saya pinjam sedikit maklumat yang saya dapat dari internet..
Ringkasnya, senario ini berpunca daripada matahari.. berlaku letupan yang kuat di matahari dan hasilnya letupan tersebut membebaskan zarah solar yang berkuasa sungguh besar dan laju.
Apabila zarah tersebut mengenai bumi, ia akan menolak ke dalam medan magnet bumi umpama ditukul dengan sebuah alat pemukul yang besar!( begitu kuatnya tolakan tersebut..)
Tenaga itu akan menyebabkan medan magnet bumi turun naik... dan memberi kesan kepada syarikat-syarikat penerbangan yang menggunakan komunikasi radio frekuensi tinggi terutamanya di negara-negara Eropah..
Selain itu juga, ia akan menjejaskan grid kuasa dan operasi satelit...Jadi Angkasawan kapal Stesen Angkasa Antarabangsa dinasihatkan untuk melindungi diri mereka di bahagian-bahagian tertentu kapal angkasa untuk mengelakkan dos sinaran suria yang kian meningkat..
Untuk makluman anda semua, ribut magnet ini dijangka terjadi pada hari ini semalam atau hari ini... Semalam berita TV3 memaklumkan bahawa ia akan terjadi bila-bila masa sahaja!!!
Dan kita lihat apakah kesannya kepada kita di Malaysia...Berdoa sangat-sangat supaya tidak menjadi sesuatu yang buruk...
Saya kreditkan info ini dari blog Deru Ombak dan jika anda berminat untuk lebih detail, sila layari laman INI.
Selasa, Januari 24, 2012
Beraya ke rumah orang cina.
Blog dan Laman Web Rasmi...Apa Beza???
Bukan nak megah atau meninggi diri..Namun membuat blog adalah sangat mudah dan hanya menggunakan hujung jari sahaja...Jika kita tidak pandai pun, kita boleh mencari jalan penyelesaiannya di blog-blog lain yang menyediakan cara-cara membuat blog..
Namun sejak bulan ini, saya diarahkan melengkapkan laman rasmi sekolah saya.. Saya dapati banyak kesukarannya untuk saya menulis atau memasukkan gambar...
Semua kaedah sangat berbeza dengan kaedah blog..
Saya pening...
Buntu...
Di mana saya boleh mendapatkan cara-cara mengurus laman web ini???
Memang saya sangat runsing...laman ini akan dilancarkan pada bulan Mac kelak...Saya kena bertindak sekarang..
Tapi saya tidak tahu bagaimana...
Ada tak kawan-kawan yang sudi membantu??
Atau cadangkan apa-apa buku??
Ahad, Januari 22, 2012
Sedang Menanti Pesta Bunga Api
Sebenarnya, saya sendiri ternanti-nantikan juga...
Bukan ternanti-nantikan hujan tapi ternanti-nantikan dentuman mercun dan percikan bunga api yang akan kedengaran sebentar lagi..
Seperti kebiasaan perayaan Tahun Baru Cina, suasana di taman perumahan saya ini seperti sedang berperang dengan dentuman mercun dan kepulan asap-asap tebal..Ramai yang tidak sayangkan wang mereka untuk membakarnya begitu sahaja..
Mereka umpama bersaing diantara satu sama lain.. mungkin untuk menunjukkan kemewahan masing-masing..
Bila Raya Mesti Banyak Kematian.. Ngeri ..
Sabtu, Januari 21, 2012
Limau...Limau...limau..Pemurah sungguh...
Di sekolah pun, ramai pembekal memberikan limau secara percuma..mula-mula cikgu semua ambil seorang satu biji sahaja limau tersebut...hari berikutnya, nampak lagi dua kota di atas meja sofa dalam bilik guru..makan lagi..
Balik rumah sahaja, jiran yang kerja dengan kilang korea kat Pasir Gudang pun kasi banyak buah limau...memang tak putus-putus buah limau...
Hari ini dapat lagi 2 kotak dan sebakul buah limau..Suami dapat dari kawan-kawannya semasa pergi ke Tangkak, Johor..
Memang pemurah sungguh masyarakat berbangsa cina ini apabila munculnya Tahun Baru Cina...
Kenapa yea mereka suka memberikan buah limau ????
Jumaat, Januari 20, 2012
1 Malaysia....
Khamis, Januari 19, 2012
Hebat Tahun Baru Cina Tahun Ini..
Mungkin kerana ini adalah perayaan utama mereka. Jadi, mereka bersemangat untuk menjayakanya..
Hinggakan semasa saya mengajar pun mereka meminta kebenaran untuk menghias kelas mereka..mula-mula saya tidak membenarkannya namun mereka tetap merayu kerana hari ini merupakan hari penilaian pertandingan , saya pun membenarkan juga..tapi sekejap sahajalah..
Tiba-tiba saya terasa macam berada di sekolah jenis kebangsaan cina pula...
Selasa, Januari 17, 2012
Serupa ke?
Isnin, Januari 16, 2012
Pindah Tempat Baru..penat!
Isnin, Januari 09, 2012
Makan Nasi putih Dengan Lauk Orang Miskin.
Selasa, Januari 03, 2012
Aku cikgu ICT?
Tahun ini saya mengajar ICT...
Ini semua gara-gara saya berblog.. mungkin cikgu yang paling berblog diantara cikgu-cikgu yang lain...
Puncanya bila saya membantu dalam diam Laman Web sekolah saya dan membantu membina blog bagi blog sekolah saya..
Walhal saya bukan cikgu ICT dan tidak pernah mengambil apa-apa kursus ICT...
Tahun ini, nama saya disenaraikan dalam jawatankuasa laman web sekolah dan ICT sekolah ...Pengetua juga mengarahkan saya mengajar mata pelajaran ICT bagi tingkatan 1 dan tingkatan 2...Saya yang tidak tahu apa-apa nie bersetuju sahaja...
Malah saya jadikan satu cabaran untuk saya..
Dan tugas semakin berat pabila saya dan cikgu-cikgu ICT yang lain diamanahkan untuk melengkapkan laman web sekolah yang akan dilancarkan pada bukan Mac 2012 nanti....
Guru Ict??? lucu aje...
Isnin, Januari 02, 2012
Sukarnya Menyebut Penyakit Anak Saya Ini..
Ahad, Januari 01, 2012
Tibanya Tahun Yang Penuh Cabaran...2012
SELAMAT DATANG 2011 DAN SELAMAT TINGGAL 2011...
*imej pinjam dgn en google*
Semakin bertambah tahun dan kita bertemu tahun yang baru, sebenarnya kita akan menghadapi cabaran yang berat..Cuma diri kita sahaja yang mampu menanganinya atau tidak..Jika kita dapat melaluinya dengan penuh ketabahan, maka cabaran tersebut akan menjadi satu jalan yang mudah tetapi bagi mereka yang tidak berupaya menanganinya akan beranggapan sebaliknya...
Selalu orang akan bertanya..Apa Azam baru Awak ???
Kadang-kadang saya sendiri tidak mampu menjawabnya kerana terlalu banyak cabang-cabang kehidupan yang perlu dilalui..kadang-kadang tidak terjangka...
Oleh itu, selalunya saya akan membuat azam baru setiap hari...
Dan saya selalunya berazam esok hari adalah hari yang terbaik bagi saya dan keluarga berbanding hari semalam...semoga apa yang diharapkan akan tercapai pada keesokan harinya..jika tidak tercapai, kita akan membuat azam yang baru pada malamnya...
Jadi, Apa Azam anda????