Setiap helaian CD dalam album tersebutt, en suami saya akan labelkan dengan "marker" dari nombor 1 hinggalah ....( tak kira pula saya...)
Masuk sahaja kereta, en suami saya akan memasukkan CD tersebut dalam CD player kereta.. Sepanjang perjalanan asyik mendengar suara artis popular lelaki ini sahaja.. Kami anak-beranak tidak dibenarkan berbual kuat-kuat, habis ditegurnya..Kadang-kadang saya hendak bercerita juga dengan en suami saya ini maklumlah bukannya senang dapat duduk bersama-sama, namun nasib saya sama juga dengan anak-anak...kena diam..
Dari satu CD ke satu CD dimainkannya... saya dan anak-anak hanya ikut mendengarnya..
Kadang-kadang terfikir pula, masa dalam keretalah kita boleh berbual dan bergurau senda dengan en suami serta anak-anak...tapi peluang tersebut ditutup dek artis popular dalam CD tersebut..
Namun, kali ini berlainan pula bila mana en suami saya ni sudah menjadi peminat tegar atau fanatik kepada artis lelaki popular ini...Kadang-kadang geram juga tapi sabar ajelah..
Minat en suami saya kepada artis yang semakin popular ini bermula melalui youtube sahaja.. Tahun lepas, balik sahaja kerja, mesti en suami akan membuka youtube artis lelaki ini...macam dah lali saya dibuatnya..
Ingatkan kat rumah sahaja, sekarang dibelinya CD banyak-banyak dan didengarnya pula di dalam kereta..
Nasib baik kami positif dan hanyut juga mendengarnya..
Nak tau siapa yang diminatinya tanpa mengira masa???
