Isnin, Disember 20, 2010

Demam "wall Sticker"

Wall Sticker atau nama melayunya pelekat dinding merupakan satu produk terbaharu yang menjadi kegemaraan penghias rumah.. Sebenarnya saya telah mengetahui sejak lama dulu. tapi saya tidak ambil kisah sangat sebab penggunaan pelekat dinding ini pada saya akan meyesakkan pemandangan saya sahaja dan kadang-kadang kalau orang tengok, mereka akan mengatakan bahawa rumah kita macam rumah asuhan kanak-kanak pulak. Tetapi itu pandangan yang negatif sahaja..Anak-anak saya telah menyedarkan saya bahawa penggunaan wall sticker ini akan mencantikkan dan menceriakan lagi dinding rumah kita...Oleh itu, saya telah memberikan mereka RM10.00 untuk mencari wall sticker yang berkenan di hati mereka. Dan inilah hasilnya.... Ini adalah bilik anak sulung saya, Adhwa dan anak ke tiga, Aqilah. Wall sticker ini telah di ubah suai oleh suami saya yang sememangnya kreatif. Ini pula dinding di bilik anak ke dua saya, Afiqah. Dia dan adhwa yang melekatkan sendiri wall sticker ini..dan inilah hasilnya.. Cantik juga bilik anak saya ini..tetapi saya masih lagi tidak sanggup untuk menghias bilik saya dengan wall sticker ini.. entahlah..walaupun harganya semakin murah tetapi kalau hati saya tidak boleh terima, tidak boleh juga..sekarang harga untuk wall sticker di Tesco cuma RM10 untuk 7 keping...murah kan... Kebaikannya, bilik mereka semakin cantik dan mereka juga sudah semakin rajin mengemas bilik masing-masing..

2 ulasan:

suzieapai berkata...

manariks jugak tu tuk bilik ank2...jiwa sy pun mcm k yam...blum leh terima wall sticker..cantik mmg cantik tp blum kena ngan jiwa lagik lor.....

Tanpa Nama berkata...

Salam cantik wallsticker comel...
Ad tgk wallsticker yg terkini di internet?ad design yg menarik dan x semak mata memandang..sebenarnya hiasan wall sticker agak menarik tp pada saya x perlulah terlampau byk,satu shj dah cukup,..biar wall sticker tu jd focal point pada suatu ruang..klu x,ruang dinding mcm semak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...