Ahad, Disember 26, 2010

REUNION...

Perjumpaan semula pelajar-pelajar tingkatan 6 tahun 1987/1988 Sekolah Tun Habab, Kota Tinggi, Johor telah berjaya dilaksanakan dengan meriahnya di Hotel Myres, Kota Tinggi....Syabas kepada saudara Jai Jailani, saudara Kamal Tumin, Saudara Azhari Md Amin dan lain-lain lagi yang bersungguh-sungguh membuat rancangan untuk memastikan majlis ini dilaksanakan dan berjalan lancar...saya sendiri tidak menyangka bahawa saya akan hadir dalam majlis ini...Terima kasih sekali lagi.. Kalau dikira, sudah lebih 22 tahun saya tidak berjumpa dengan kawan-kawan tingkatan 6 saya tu..cuma sejak kebelakangan ini..dengan adanya ICT dan wujudnya facebook, maka seorang demi seorang kawan-kawan lama muncul...Dari sinilah, saya dapat mengikuti kehidupan kawan-kawan saya ini...jadi, dengan perjumpaan ini dapat merapatkan lagi perhubungan di antara sesama manusia yang pernah menduduki alam persekolahan. Seronok melihat kawan-kawan yang telah berjaya...banyak perubahan yang telah berlaku kepada mereka..ada yang macam tidak dikenali lagi walaupun saya cuba mengingat-mengingat semula...mungkin kadar ingatan sudah menurun kot... Namun kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai guru..tidak kiralah sekolah rendah ataupun menengah...ada juga yang telah menjadi guru kanan dan ada juga yang sudah mencapai guru penolong kanan...hebat..mantap..Tapi tahniah kepada Jai kerana punya perniagaan sendiri...begitu juga dengan Azhari md Amin, dengar cerita jadi taukeh kapal...wahhh hebat gitu.. Lihatlah..walaupun sudah lama tidak berjumpa tetapi masih lagi mesra..Ini gambar Cikgu Radizam, Cikgu Karim dan Cikgu Nazim....cikgu macam saya jugak...dan dibelakang tu ialah Idrus Omar...Banyak perubahan yang saya tengok pada mereka..lebih-lebih lagi dari segi fizikal dan rambut mula beruban sedikit....biasalahkaaan...tapi Nazim masih lagi mempunyai perasaan malu macam dulu-dulu juga...Idrus bawa isteri filipina dia...isteri indonesia pula tidak mahu ikut..itu kata dia..dengar cerita dia nak pasang lagi satu...ikut sunah nabi betullah Idrus ni.... Ini pula kawan-kawan perempuan yang hadir dan bergambar dengan saya iaitu cikgu Asiah, Saemah Tumin dan cikgu Rafeah... Tidak banyak yang berubah dengan rupa kawan-kawan saya ni...Malah mereka semakin cantik pulak... Maaf kepada Saudara Jai kerana saya terpaksa pulang awal...biasalah..anak-anak kecil saya sudah mula bosan dengan majlis orang dewasa ini... Dengan masa yang singkat, saya sebenarnya masih tidak berpeluang untuk berbual lama-lama dengan kawan-kawan saya itu...maaf kepada kawan-kawan yang saya lupa nama tetapi saya tidak akan lupa rupa anda...Kalau ada masa, kita akan berjumpa semula..kalau tidak di majlis yang macam sebegini, mungkin saya akan menjemput anda semua pada majlis perkhwinan anak-anak saya atau anda semua..Insya Allah... Tetapi majlis ini masih lagi agak kurang penyertaannya...mana pergi kawan-kawan saya yang lain lagi nie...mana roslee nasbon?..mana kak hayat?..kak norwati?..rusminah?....

4 ulasan:

Roslee berkata...

Alamak, terharunya nama hamba masih diingat dan disebut oleh tuan Pondok sebagai rakan. Rasanya tuan Jai, tuan Karim dan tuan pondok sendiri tlh sedia maklum sebab ketidakhadiran hamba ke majlis tu. Apa pun tahniah kpd pihak penganjur dan rakan2 yang dapat hadir ke majlis tersebut.

Tinta Emas berkata...

Masa ucapan saya lupa nak sampaikan pesanan kak norhayati mahmood..dia kirim salam kat anda semua...sorry..

mkarim berkata...

Tanggal 28 Januari 2011 inilah kali pertama saya menziarah pondok ni. maaflah kerana kesuntukan masa, namun jutaan tahniah atas pembinaan pondok yang sangat besar ertinya ini.

Tinta Emas berkata...

terima karim...akhirnya sampai jugak ko ke pondok ni....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...