Sabtu, Mei 28, 2011

BALIK KAMPUNG...

Cuba tengok surat beranak masing-masing...Dimanakah anda dilahirkan??

Hospital bukan? hospital mana? dekat bandar ? maknanya anda tiada kampunglah....

Nasib baiklah ibu bapa kita masih ada kampung...jadi bolehlah kita balik kampung...

bagi mereka yang tiada kampung, bagaimana?

Kampung mereka adalah rumah mereka sahaja...sedih bukan?

Beruntung bagi mereka yang masih mempunyai kampung halaman...masih lagi boleh pulang ke kampung...

Bila kita menyebut kampung , sudah pasti terkenangkan suasana seperti di bawah...

Alangkah indahnya, kalau kampung kita macam ginikan?..sejuk mata memandang...tenang saja fikiran...lupa dunia seketika

Ya Allah, indahnya ciptaanMu....kalaulah kita buka sahaja mata, kita lihat seluas pemandangan laut yang membiru dengan desiran angin yang lembut membelai-belai wajah kita...Aduh, bestnya...

Macam tak mahu balik ke bandar semulalah...bestnya kehidupan....

TAPI

Kita kena terima kenyataan bahawa kampung kita tak semestinya indah macam diatas...

Macam saya, kampung saya di Felda Air Tawar 5 yang dikelilingi dengan rumah jiran dan kelapa sawit sahaja..

Kampung suami saya di Machang, Kelantan dikelilingi oleh pokok-pokok getah...

Saya tetap bersyukur..walaupun kampung-kampung saya tak sesejuk mata memandang, tiada deruan angin yang lembut..tiada udara sejuk yang mencengkam perasaan. dan macam-macam lagi..namun saya masih punya kampung halaman....

Bagi yang tiada tu...janganlah bersedih...pergilah bercuti....

6 ulasan:

padlie berkata...

saya lahir dirumah.. kg kubang pak amin, pasir mas.. itu la kg sy...
satu lg di kg wakaf bata, machang.. pun dikelilingi getah..

izzafey berkata...

samat bercuti cikgu

Tinta Emas berkata...

Padlie: wah..kampung ke dua padlie dekatlah dengan kampung suami saya...

Tinta Emas berkata...

Izzafey: selamat bercuti jua untuk mu...

UpProfits berkata...

Org bandar suka balik kmpung sbb sukakan kedamaian kmpung..
tp kalu dok kmpg kat bandar mcm kg baru (KL) or kg melayu (JB)..xder damainyer..traffic jammed..hehe

padlie berkata...

kg suami cikgu, dekat area tu jugak ye?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...