Isnin, Mei 30, 2011

Bila ALAM mengamuk!!!

Dunia kita sudah banyak kemusnahan..tapi ALAM tetap bersabar..

Nuklear bermaharajalela, namun ALAM tetap mampu bertahan..

Pencemaran sudah tidak boleh terkawal lagi, ALAM seperti sudah lali..

Namun jangan diuji kesabaran ALAM, kerana sekarang ALAM sudah mula menunjukkan tanda-tanda hilang kekuatan...yang ada cuma AMARAH!!!

Kesannya sangat hebat..

Seperti Tsunami terburuk di Jepun baru-baru ini...

Dan terbaharu, ALAM telahmenghadiahkan Puting Beliung di Amerika...

Bayangkan di Malaysia ada puting beliung???

Puting beliung dilihat dari ruang angkasa..

Macam dipintal-pintal sahaja dunia ini kan???

Bila dah jadi macam ini, apa yang terfikir dalam minda kita cumalah MATI...masa tulah terfikir bahawa kita ini belum lagi bertaubat...banyak dosa yang telah kita lakukan...dan macam-macam lagi...memang menakutkan ...

Macam mana ia boleh terjadi??

Ini semua disebabkan oleh pertembungan angin panas dan lembap dengan udara sejuk dan kering..Selalunya angin ini terbentuk di negara-negara yang mempunyai lautan-lautan yang luas seperti Lautan Pasifik , Lautan Atlantik dan lautan-lautan lain..

Alhamdulillah, negara kita tidak termasuk dalam golongan negara yang menerima nasib sebegini...Kita cuma ada Laut China Selatan sahaja...Selalunya apa yang kita dapat adalah tempias daripada negara-negara jiran kita.. Contohnya negeri Sabah kerap kali terkena tempiasnya..itu pun jika ada taufan melanda selatan Filipina..

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh bertanya dengan En Padlie..rasanya dia lebih pakar dalam hal ini..Saya cuma ingin berkongsi sahaja sebab ini adalah antara satu cabang geografi...

Tapi bila terjadi sesuatu musibah, kita akan terfikir kenapa???

Mungkinkah ini hukuman Allah kepada umatnya yang banyak melakukan maksiat dan dosa???

2 ulasan:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

dunia nie dah nak kiamat agak nyer lerrr dah kerap sangat bencana alam berlaku.subbahanaallah

padlie berkata...

Alhamdulillah, Malaysia ni "terlindung" dari bencana alam yg besar.. Bayangkan la tempias pun kemusnahannya dah teruk seperti Ribut Greg di Sabah dan tsunami di Utara beberapa tahun lalu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...