Selasa, Mei 17, 2011

Hari ini ialah Hari Telekomunikasi Sedunia 2011

Baru baca akhbar Utusan Malaysia hari ini...Tetiba terbaca bahawa selain hari Wesak, hari ini juga adalah hari Telekomunikasi Sedunia 2011...

Anda tahu tak bahawa hari Telekomunikasi sedunia ini telah disambut sejak dari dahulu lagi ialitu sejak tahun 1969 lagi....Bagaimana saya baru tahu nie??

Dahulu sambutan ini dikenali sebagai "Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia"

Tema Hari Telekomunikasi Sedunia pada tahun ini ialah kehidupan Komuniti Luar Bandar Lebih baik dengan ICT ( Better Life in Rural Communitities With ICTs )..

Sambutan hari ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai kepentingan ICT dan manfaat serta faedah yang diperolehi untuk manusia sejagat melalui penggunaan kemudahan komunikasi dan multimedia secara maksimum dalam kehidupan seharian.

Dunia blog ini merupakan salah satu nadi dalam penyebaran maklumat tanpa sempadan ini. Jadi secara tidak langsung kita seharusnya meraikan hari ini...

4 ulasan:

eelobor berkata...

terima kasih sebab bagitau. kalau tak sebab cuti memang tak ambik port la pasal2 ari lain. yg nie ada sedikit kepelikan kerana bila dapat CUTI time perayaan, tak pulak di kaitkan dengan HARAM tapi bila menyambut hari ibu, ramai pula yang kait dengan hukum HARAM. sebab hari ibu takde cuti?

hari ibu adalah setiap hari sepanjang masa......

Ce'gu JAERA berkata...

wahhh, saya pun baru tahu hari ini adalah hari telekomunikasi sedunia.. hehe. Thanx ya atas info..
nak buat aduan lah pada kementerian komunikasi ni... apasal line internet di Malaysia ni lembab sangat aa... hihi

Tinta Emas berkata...

tulah pasal...bila dikaitkan org islam je mesti ada HARAMnya...

Tinta Emas berkata...

saya pun baru tau jugak hari ini...cuma nak kongsi aje...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...