Selasa, Mei 31, 2011

kek coklat kukus punya pasal...

Esok ada majlis perpisahan untuk guru-guru yang bakal berpindah sekolah..Tahniah kepada Cikgu Zakiah dan Pn Elena Pamela, guru kaunseling kerana dapat berpindah ke sekolah yang berdekatan dengan rumah masing-masing. Terutama kepada Cikgu Zakiah kerana dapat berpindah ke Selangor.

Sudah lama saya tak membuat kuih muih untuk dijamu dalam apa-apa majlis. Kebetulan sekarang musim cuti sekolah, saya gagahkan diri jua untuk membuat kek coklat kukus mudah. Walhal, esok ada kelas tambahan.. Tak pelah..sekali sekala kan?

Tadi, lepas balik beli tiket bas ke kelantan dan makan malam, kira-kira pukul 11.00 baru nak mula buat kek ini...Saya tak dapatlah sertakan sekali resepinya sebab apa yang saya dapat pun telah banyak keluar dalam resepi-resepi orang lain..

natijahnya, saya jadi kurang tidur dek kerana menantikan kek masak..Tiga kali pusingan pula tu...Sekarang dah pukul 1 pagi, masih ad satu round lagi...terpaksalah celikkan mata ini...

Esok, saya ingat nak masakkan nasi lemak untuk anak-anak saya sebelum saya pergi ke sekolah.

Untuk semua, selamat menikmati hari yang indah dalam hari terakhir bulan Mei

5 ulasan:

padlie berkata...

dah 31 Mei rupanya..
Cikgu nak balik Kelantan ke?

izzafey berkata...

pos la kek tu kat sini, share2 la yer.

kindergartenlibrary berkata...

kek ?
sellu adik nelly buat
=='

Cikgu Nurin berkata...

Cikgu CTE, walaupun penat, tapi puas hatikan? saya pun suka masak bila ada jamua sekolah...

whitecappuccino berkata...

sedap kek tuu..
tadi ngajar kelas tambahan juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...