Tahniah kepada Cikgu Norain dan Cikgu Roziana kerana sanggup mendermakan sedikit darah mereka dalam satu kempen derma darah yang diadakan oleh sebuah sekolah minggu lepas.
Bagaimana dengan anda?
Sanggupkah anda mendermakan darah anda ?
Saya terpanggil untuk menulis entry ini kerana banyak tanggapan kolot yang mengatakan bahawa kononnya derma darah ini akan mejejaskan kesihatan , walhal amalan menderma darah ini sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan.
Berbeza dengan orang perempuan, orang lelaki lebih sesuai menderma darah. Ini kerana selalunya mereka tiada masalah semasa hendak menderma darah. Masalah di sini adalah masalah yang bukan penyakit serius.
Jika penderma darah perempuan nie, agak sukar sedikit. Ini kerana jika ada sedang datang bulan ( haid ) anda tidak boleh mendermakan darah. Selain itu juga jika anda sedang mengandung juga tidak dibenarkan menderma darah.Dan yang paling penting bagi mereka yang telah berkahwin pula, waktu anda bersama dengan suami anda juga diambil kira..bukankah sukar bagi perempuan untuk mendermakan darah mereka?
Lagi pula, pengiktirafan akan diberikan kepada penderma-penderma darah dan secara tidak langsung akan mendapat kemudahan perubatan di masa akan datang..
Sebenarnya saya sudah lama ingin mendermakan darah saya.. tapi saya kerap menghadapi masalah-masalah pabila ingin menderma. Lebih-lebih lagi kawan-kawan saya menyatakan bahawa badan saya yang berisi ini sangat padat dengan darah...
Tapi dahulu saya pernah memeriksa tahap kepekatan darah saya, nurse yang mengambilnya memberitahu darah saya cair????Lepas tu saya pergilah ke Hospital Pakar Abdul Samad, doktor beritahu bahawa tekanan darah saya rendah pulak!
Akhirnya sampai sekarang saya belum pernah mendermakan darah saya lagi...
Wassalam
4 ulasan:
Assalam cikgu..:)
aisya takut jarum..lgi pn berat tak ckp..hehe
NUR AISYA: baru saya ingat..kami pun ada bincang jugak tentang berat badan nie..cikgu cina depan saya pun tak cukup berat nak derma darah...
nasib baikkan?
<--tak pernah derma darah ~
=='
saya tak boleh derma, tak jumpa salur darah.. lagipun jarum untuk derma darah lagi besar dari jarum ambil darah biasa..
kelebihan dia banyak.. kita boleh selamatkan nyawa orang lain..
Rupanya TV LED belum wujud di Malaysia
Catat Ulasan