Musim cuti sekolah sudah bermula. Paling suka ialah orang yag bergelar pelajar...dan yang paling risau sekali adalah ibu bapa...
Manakan tidak, bila anak-anak mereka bersekolah, tanggungjawab mereka sudah berkurangan dan tanggungjawab tersebut diambil alih pula oleh para guru...
Guru ni ibarat ibu bapa kedua bagi para pelajar. Diwaktu pagi anak-anak mereka akan bersekolah menengah dan waktu petang pula bersekolah agama..Jadi ibu bapa tidak lah risau dengan aktiviti seharian anak-anak mereka
Mulai esok, ibu bapa terpaksa mengambil semula tanggungjawab mereka sepenuhnya...dan giliran guru-guru pula untuk bercuti selama dua minggu...
Namun bagi sekolah saya, cuti hanya bermula pada hari Khamis hadapan..Ini kerana di sekolah saya ada mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar PMR dan SPM. Jadi semua guru dikehendaki stay di sekolah bersama-sama guru-guru yang terlibat dengan kelas tambahan tersebut...adil bukan?
*****************************
Cuti sekolah ini, terdapat dua orang cikgu yang akan berkahwin iaitu cikgu Hasliza Harun yang akan berkahwin di Kedah dan cikgu Norazaliah yang akan melangsungkan perkahwinannya di Melaka..
Buat guru-guru ini, SELAMAT PENGANTIN BARU.....
Untuk Ustaz Talhah dan Cikgu Siti Najibah serta anak-anak, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah..Sudah banyak kali tertunda akhirnya esok tengah hari dapatlah beliau sekeluarga bertolak untuk mengerjakan umrah...
Untuk beliau juga, selamat kembali...
**************************************
Dimusim cuti sekolah ini, makin ramailah orang yang suka balik ke kampung untuk menjenguk atuk dan nenek...
Selamat pulang ke kampung!!!
5 ulasan:
selamat bercuti cikgu CTE....
wah........
mmg pad juga jadual utk cuti sekolah kali nie..
PS: 8 hb 6, ada jodoh.. ayu ke HSI.. hope kita dapat bersua
Selamat bercuti pada pelajar dan guru..
Semoga cuti ni terisi dengan aktiviti bermanfaat..
@Citarasa Rinduan.
Nampaknya memang kita masih tak berpeluang untuk berjumpa jugak..tarikh tersebut, saya sudah berada di kelantan
@Padlie:
Selamat bercuti juga saya ucapkan walaupun en padlie tak bercuti..
saya pun cuti dari 4hb -12 jun.. :)
nak menyesakkan jalan di kelantan juga..
ni jemputan astina: http://www.facebook.com/event.php?eid=212267882139695
Catat Ulasan