Terkejut saya bila membaca luahan hati seorang pelajar ini....Pelajar ini bukanlah belajar di sekolah saya.....Tapi memang mengejutkan..
Sebagai seorang cikgu, saya rasa memang tidak senang dengan kenyataan ini...kerjaya cikgu ini amat dihormati, mulia dan disanjungi...Kenapa senang-senang sahaja mereka sialkan cikgu???
Kalau anda seorang cikgu, adakah anda akan suka kalau terdapat pelajar yang menulis sebegini????
"EeEeeEEEe,,,gram nya ary ni........sial punye ckgu,,,,dy engat x skit kep kna pkol......adoi!!! dh la kna at peha 3 kli....at tgn ckali....sdih cngt"
Betul-betul mengecewakan....cikgu ibarat ibu atau bapa pelajar semasa di sekolah...apabila pelajar membuat kesalahan yang melanggar peraturan sekolah, tak salah untuk cikgu mengambil tindakan kepada pelajar...Ini semua adalah untuk mendidik pelajar berkenaan supaya menjadi pelajar yang lebih berdisiplin...
Pada saya, tiada seorang cikgu pun yang akan bertindak menghukum pelajar tanpa sebab...Hanya cikgu yang tidak betul ( mempunyai masalah mental ) sahaja yang boleh menghukum pelajar tanpa sebab. Mesti ada yang tidak kena di mata cikgu tersebut sehingga menghukum pelajar tersebut...
Sebagai pelajar pula, jika pelajar tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, bertanyalah dengan cikgu tersebut...apa kesalahan saya?...Kenapa perlu takut untuk bertanyakan soalan tapi tidak takut untuk membuat perkara yang melanggar disiplin sekolah?...Allah memberikan mulut dan suara...jadi gunakan...
Pada saya, saya akan memberitahu pelajar segala kesalahan sebelum saya menjatuhkan hukuman.Dan jika ada pelajar yang cuba menafikannya, saya akan mendengarnya...pelajar pula kalau nak bertanya tu jangnlah dalam nada marah...meninggikan suara!
Cara tersebut memang tidak betul...kerana dari itonasi pelajar tersebut sahaja telah menggambarkan sikap pelajar itu yang sebenarnya...Ini akan menaikkan lagi kemarahan cikgu yang terlibat...
Sebagai cikgu juga kita perlulah bertindak rasional...
jangan mengambil tindakan secara terburu-buru...
soal siasat dahulu...
Benarkan pelajar untuk membela diri mereka dahulu...
Bila sudah sahih, ada bukti...barulah tindakan yang sesuai perlu diambil...kenalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh kementerian...
Jadi tak akan terjadinya sial menyial ini....
Kepada pelajar terbabit, jika anda terlalu bencikan cikgu tersebut pun janganlah diluahkan di fb...jika cikgu tersebut membacanya atau diketahui oleh cikgu yang lain..perkara ini akan dibawa ke pengetahuan Pengetua...kes ini akan menjadi lebih serius...dan impaknya adalah kepada ibu bapa pelajar terbabit...dan saya pasti cikgu terbabit akan mengambil tindakan kepada pelajar ini jika dia mengetahuinya...
Sebelum menaip tu fikirkanlah dahulu bahasa anda...
*******************************************
Sekarang, pelajar di sekolah saya suka meluahkan perasaan benci mereka di dinding-dinding sekolah...hanya cikgu-cikgu yang bertuah sahaja mendapat pengiktirafan tersebut....Selalunya nama cikgu disiplin lah...nasib baik nama saya belum lagi dinobatkan di dinding tersebut...mungkin saya belum cukup garang lagi kot....
11 ulasan:
mungkin pelajar itu terlampau tertekan.biaselah budak zaman sekarangtak boleh kena rotan sikit nak report.terlampau manja
Betul, cikgu hanya bertindak setalah cukup bukti dan kesalahan dilakukan berulang kali, nasihat tak diindah...mak dia orang sendiri pun mesti sakit hati...cikgu nak mendidik..bukan sesuka hati memberi hukuman....anak-anak sekarang...
Rozuan: memang murid zaman sekarang terlampau manja...selalu ingin di manjakan..
Cikgu Nurin: Bagaimanakah perasaan ibu bapa mereka jika mereka membacanya...
inilah sikap pelajar hr ini! Sering salah guna laman sosial esp.fb utk perkara yg x spatutnya.Disekolah, dinding tandas sering menjadi mangsa tempat pelajar meluahkan perasaan mereka!Tp lepas tu, paksa mereka mengecatnya semula sbg kerja amal!
sy tak nak ulas pasal apa dia kena rotan..
Tapi saya yakin yang budak ni susah nak berjaya dalam hidup dia..
Saya tahu cikgu buat yang terbaik untuk student dia.. Ingat tak sakit ke tangan cikgu yang memukul tu?
teratai: baru pagi tadi settlekan masalah pelajar form 1 menconteng dinding....
geram jugak dengan pelajar sekarang nie..
Padlie: saya kenal sangat pelajar ni...memang sukar untuk berjaya...
tapi dalam hati saya...mudah2an dia berjaya dlm hidup jugak..
dah lain macam budak2 sekarng ni.. xde dh respek ngan cikgu macam kite kecik2 dulu.. em..
terlebih dahulu sy ucapkan berbyk terima kasih kat cikgu CTE kerana memasukkan blog sy dlm blog list anda. sy juga telah memasukkan blog cikgu CTE dlm bloglist sy.
Nak rotan pelajar boleh sgt, tp selepas rotan mesti cool down pelajar tu dgn memberi nasihat atau alasan yg munasabah kenapa pelajar di rotan.
Setuju. Kebanyakan murid sekarang terlalu manja. Masakan dikenakan hukuman rotan sudah mahu merungut? Itu baru libasan rotan, mesti tak pernah rasa lempang ibu lagi. Tsk tsk.
Catat Ulasan