Nampaknya malam ni saya tak boleh tidur cepat.
Ini semua gara-gara kertas jawapan pelajar belum lagi ditanda. Pelajar saya tu dah tak sabar nak melihat berapakah markah yang akan mereka peroleh..
Semalam lagi mereka sudah ingatkan saya supaya menanda kertas tersebut dengan cepat...namun untuk menanda karangan bukanlah kerja yang mudah...lebih-lebih lagi saya ni bukanlah seorang penanda kerta peperiksaan sebenar...masih lagi terkial-kial untuk memberikan markah...
Apa-apa pun saya kena kuatkan hati dan semangat malam ini untuk menyelangsaikan semua kertas-kertas peperiksaan para pelajar saya...Mudah-mudahan berjayalah...
Untuk itu, saya telah menyediakan segelas besar kopi O untuk diminum supaya mata saya boleh bertahan malam ini...
Kata orang kalau minum kopi , mata akan sukar untuk tidur...betul ke??? saya akan cuba petua ini....
5 ulasan:
kalau saya, minum la kopi banyak mana pun, kalo dah ngantuk tidor jugak
insyallah..
moga dipermudahkan segalanya
cikgu Cte.. tanda paper dgn hati yang lapang, di beri kesejahteraan yang bagus.. moga dapatlah pelajar cikgu perolehi markah yang elok
PS; ayu tak pernah minum kopi, kopi O
WC : saya cuba sahaja...tapi saya memang suka minum kopi o...
kalau mata nak tidur...saya tidur ajelah..
CR: mudah2an hati saya lapang tapi lepas minum kopi nie rasa kepala mcm ting tong pulak..
sayapun sama dgn whitecappu..letak kepala kt bantal, mmg terus lena..tidur tu nikmat
kopi x berkesan untuk sy..
malam ni ada bola pukul 2.45 pg.. Risau tv yg tengok saya..
Catat Ulasan