Ahad, April 17, 2011

Anugerah Allah semuanya cantik!

Semalam, di sekolah saya telah berlangsung majlis sambutan Maulidur rasul peringkat sekolah.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Sejak dua menjak nie saya terpaksa menggunakan gambar yang dipinjam dengan en. google..Ini disebabkan "card reader" saya telah menghilangkan diri ...jadi saya menghadapi masalah untuk meng"upload" gambar ke komputer saya...

Tak apalah...asalkan apa yang ingin saya kongsikan terlaksana, kira okeylah tu yea...terima kasih kepada en . google kerana meminjamkan gambar-gambar ini...

Berbalik kepada majlis tersebut, sekolah telah mengorbankan seekor kerbau untuk dijamu kepada pelajar-pelajar sekolah...ramai telah memuji keenakan daging kerbau tersebut hinggakan nasi yang dihidangkan cepat habis....Malangnya, saya tidak memakan daging kerbau...tak taulah kenapa tapi tekak saya tetap tak boleh terima....

Sebenarnya saya nak berkongsi tentang anugerah Tuhan yang diberikan kepada semua manusia iaitu ....

II
II
II
II
II
II
II

wajah kita...

Walaupun wajah kita berbeza-beza namun Allah telah menganugerahkan sepasang mata, hidung dan mulut yang sempurna...jadi manusia itu mempunyai kecantikan yang tersendiri...Kadang-kadang Allah bagi bonus kat wajah kita dengan menganugerahkan lesung pipit dan tahi lalat yang memikat...bukankah itu cantik?...

Semalam juga saya lihat ramai pelajar perempuan seperti berlumba-lumba untuk mempertontonkan gaya masing-masing dengan gayaan baju serta tudung yang cantik-cantik mengalahkan guru-guru perempuan..

Tapi saya tetap bersyukur mereka masih lagi menutup aurat...

Ramai pelajar perempuan yang bersoleh sakan...malah anak saya juga begitu....siap memakai maskara lagi...lentik sahaja bulu matanya...Begitu juga dengan pelajar-pelajar perempuan yang lain...masing-masing bersolek sakan...ada yang memakai bulu mata palsu lagi....

Macam bulu mata palsu dibawah nie....Tapi yang diorang pakai bulu mata palsu berwarna hitam..dan cikgu pun tak cam sama ada bulu mata tu palsu atau betul...

Jangan sampai jadi macam artis Amyza Adnan ,yang terpaksa ditahan di wad kerana matanya bernanah disebabkan jangkitan kuman kesan daripada penggunaan gam untuk memakai bulu mata palsu.....

Ada juga yang lebih teruja...dek kerana mata yang dianugerahkan kurang terserlah maka, mereka memakai kanta lekap atau contact lens

Macam mata kat bawah nie...

Kami, guru-guru hanya dapat melihat dan menegur ala kadar sahaja...mungkin ini memang keterampilan mereka ketika diluar sekolah atau ini memang dah trend pelajar sekarang kot...

Apa-apa pun, mereka masih lagi bersopan dan menghormati majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah....

11 ulasan:

teratai berkata...

sudah lama x merasa suasana spt ini sbb sekolah saya 90% pelajarnya b'bangsa cina n india. Sambutan CNY lebih meriah di sekolah saya!

Cikgu Nurin berkata...

Hmmm..tunggulah lepas mereka habis sekolah...cikgu dah tak kenal anak murid tu semua...sakan bergaya...

Tinta Emas berkata...

teratai: semua sekolah ada kelebihan masing-masing kan? mungkin saya jeles kalau sambutan CNY lebih meriah kat sekolah teratai...

Tinta Emas berkata...

Cikgu Nurin: kalau tengok FB memang tahap melampau gaya mereka...takut dengan godaan syaitan je kat luar tu...

PinKy MoMMa berkata...

pinky mmg x leh guna c/lens sbb mata otomatik akan jd gatalll sesangat..

x pe mata ciptaanNya dah cukup sempurna..janji boleh melihat keindahan alam..dh syukur alhamdulillah

whitecappuccino berkata...

pakai contact lense jugak tapi memang mata rabun ..

Tinta Emas berkata...

mata pinky mmg dah cantik...

Tinta Emas berkata...

whitecappuccino: rabun dah kes lain...

puteraduyong berkata...

pelajar sekarang memang hebat kan...ajaran dari siapa agaknya... :)

ckLah @xiiinam berkata...

cikgu cte;
Terima kasih kerana blog alam geografi tu. Anak cklah tingkatan 3 lemah sikit geog. Yang ajar dia Geog Pengetua sendiri. Takut nak bertanya, katanya. Hehe. Dia rujuk sini masa nak buat kerja kursus.

Tinta Emas berkata...

putera duyong : pengaruh persekitaran

ckLah: blog alam geografi tu baru bulan nie saya buat...masih banyak yang perlu ditambah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...