Khamis, April 07, 2011

KAKI BANGKANG?

Hari ini , saya nak bincangkan tentang masalah kaki bangkang dalam kalangan pelajar..

Pengalaman saya sebagai seorang guru disiplin, kaki bangkang ini biasanya dikaitkan dengan pelajar yang suka melawan cakap guru. Pelajar sebegini seolah-olah tidak bersetuju dengan apa-apa sahaja yang dilakukan di dalam bilik darjah.

Biasanya, guru akan menghadapi masalah dan tekanan yang hebat untuk menangani masalah tingkah laku pelajar seperti ini hingga guru berasa rimas dan kurang senang untuk melangkah masuk ke kelas yang terdapat pelajar seperti ini.

Selalunya, pelajar yang mempunyai sikap kaki bangkang ini mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:-

a) sentiasa mencari helah untuk melepaskan diri daripada menjalankan sesuatu tugas yang diberi.

b) membangkang peraturan yang ditetapkan oleh guru dengan alasan bahawa peraturan tersebut tidak adil.

c) Membangkang jadual tugas atau rutin yang telah ditetapkan.

d) membangkang apabila guru tidak mahu menerima alasannya yang tidak kukuh.

Jadi kita sebagai guru memanglah sangat geram dengan pelajar yang mempunyai sikap sebegini...Kadang-kadang tu rasa nak naik sahaja tangan kita ini ke muka mereka...

Jadi, kita ( guru atau bukan guru ) cuba bertenang...cuba kenalpasti punca-punca sebenar mengapa mereka berbuat demikian...

kadang-kadang mereka perlukan perhatian daripad kita.

kadang-kadang mereka sebenarnya ingin lari dari masalah atau kekecewaan..

kadang-kadang mungkin mereka terlalu letih, jadual terlampau padat, lapar, atau mahu ke tanda segera...

selain itu juga, kadang-kadang pelajar menjadi kaki bangkang ini disebabkan terlalu ingin mencapai kejayaan..

Jadi bila menghadapi pelajar yang sebegini, kita tidak haru bertindak dengan menunjukkan emosi anda atau anda menganggap bahawa pelajar berbuat demikian kerana mempunyai masalah peribadi...

Kita juga tidak sepatutnya menghukum pelajar berkenaan atau menguggut untuk memberitahu masalah ini kepada ibu bapanya. Dan lebih rumit lagi jika anda mengatakan kepada pelajar berkenaan bahhawa dia akan gagal dalam pelajarnya...

Ketahuilah bahawa doa kita seperti doa seorang ibu kepada anaknya.....

4 ulasan:

whitecappuccino berkata...

banyak perkara yg perlu dihalusi..

Unknown berkata...

http://kringg.blogspot.com/2011/04/padah-lambat-kahwin-jadi-bahan.html padah kahwin lambat..

kaki bangku saya tahu la..tak pernah dengar plak kaki bangkang ni

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

as salam, kaki bangkang saya ingat tadi kuih bengkang..heeehee

Cikgu Nurin berkata...

Kadang-kadang murid macam ni sebenarnya memerlukan perhatian kita sebagai guru...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...