Hari nie entah kenapa mata saya tetiba tertumpu pada sebuah buku di library sekolah..terus sahaja saya pinjam...
Info nya mengenai makanan...tapi bukan resepi....
Dahulu, kalau ikut pemahaman saya mengenai diet, kita digalakkan memakan makan yang dipanggang atau direbus...betul tak???
Tapi kalau nak tahu, makanan yang dipanggang atau dibakar seperti sate, ikan bakar, ayam bakar, udang bakar......emmmm sedapnya ( terliur pulak.) sebenarnya merupakan salah satu penyebab...
KANSER!!!!
Dan jika anda membakar ikan sehingga hangus tapi tak dibuang malah dimakan ( takut membazir ) akan menggalakkan pengeluaran zat karsinogenik iaitu zat penyebab kanser...
Kalau bercakap tentang kanser...semua orang takut membincangkanya...penyakit yang paling ditakuti oleh ramai orang kerana penyakit ini boleh membawa maut..
Jadi, kita cegahlah...tapi kadang-kadang kita hendak juga makan makanan yang dibakar kan???
Ikut tip ini.....
* Jangan panggang di bawah api yang baru menyala dan berasap..
*Kalau boleh gunakanlah pemanggang elektrik atau pemanggang gas supaya tidak ada lemak yang menitis pada bara api atau api yang tengah pijar... sebab ia kan menmbentuk zat penyebab kanser...
* Gunakan alas pemanggang jika memanggang terus pada api...guna daun pisang...
*Jangan makan makanan yang telah hangus...buangkan bahagian yang hangus atau hitam
*Jangan panggang daging yang telah diawet dengan garam...,p>
*Jangan guna minyak yang berulang-ulang..
" Lebih baik mencegah daripada mengubati"
17 ulasan:
ermm..payah la pulak nak makan..goreng tak elok, bakar pun ada cara kan? tq for sharing ya
tulah...saya sangat suka bakar2 nie...tapi cikgu sains cakap , seminggu sekali sudahlah...jangan hari2..bahata tu...
waahhh.. ya ka.. saya selalu makan ikan panggang yang mak saya buat.. yang hangus2 plak tu.. hihihi.. nak bagitau mak lah pasal ni. Thanx ya share info ni
Ye btul..bakar mmg tak bagus..rebus je lah...alaiment pun tak lari....hi hihi...
pernah dengar pasal carcinogen, tp tak tau lak ni pun sumber dia.. ingat dlm rokok je..
lepas nie jom pakat makan rebus-rebusan ajer, hehe...
gen2: lepas nie jangan makan yang hitam tu...
cikgu nurin: betul2...
padlie: bukan kat rokok je ..banyak kat makanan lain jugak..
zalie: jom kita rebus saja sampai muntah...he he he
Info yang sangat berguna. Kita selalu makan saja, kerana sedap. Kesan2 hangus pada makanan berbakar memang akan jadi macam karbon yang masuk dalam sistem badan kita.
cKLAH: memang betul...selama ini kita pejam mata sahaja... makan ikut hati...
bila dah berumur ni baru nak fikir hal2 macam gini...
selamat pagi..
bagusnya cikguCte kongsi tentang amalan yang baik utk kesihatan nie....
terima kasih yer..moga2 sama2 kita menjaga kesihatan
terima kasih cikgu CTE sebab memang la iakan bakar nie peberet saya tau. bukan setakat ikan jer, apa2 yang jer yang berkaitan dengan panggang, bakar atau salai semuanya saya suka. nie baru tau pasal penyebab kanser. terima kasih kerana berkongsi
Kakak kalau bakar ikan bungkus dengan daun pisang/aluminium foil. Jadi taklah hangus....
Tapi kalau sate kakak belasah je cikgu. Hangus ke tak dah tak ingat dah. Sebab sedap kan....:)
ayu: dah lama saya tak berjalan ke citarasa rinduan...rindulah..
eelobor : memang semua orang suka makan apa2 yang dipanggang kan?
Kakzakie: sate tu sedappp....
ye ke?
baru tahu tk boleh mkn yg dah hangus..
mekasih sbb berkongsi info ni..amat berguna!
bru tau
Kalamhati: saya pun baru tahun awal tahun ini...tapi kalau tanya cikgu sains, mereka dah tau lama dah...
srikandi cinta : ramai orang tak sedar tentang hal ini...
saya pon slalu makan makanan dipanggang ni.. tapi tak tau plak bawak kanser..
thanks for sharing :)
Catat Ulasan