Selasa, April 12, 2011

Nak salahkan Siapa???

Nak salahkan siapa kalau cikgu disiplin ditumbuk pelajar sampai retak tulang hidung ??

Ini berlaku di negeri perlis, apabila seorang guru disiplin perempuan cuba meleraikan pelajar yang sedang bergaduh dan diarahkan mereka ke bilik disiplin...Baru tingkatan 2 dah pandai menumbuk cikgu...perempuan pulak tu...

Nak salahkan siapa kalau cermin tingkap kereta cikgu dipecahkan ??

Hal ini berlaku di sekolah lama saya yang mana pelajar telah membaling seketul batu bata dan telah memecahkan cermin tingkap cikgu lelaki tersebut..

Nak salah kan siapa kalau tayar kereta cikgu dipancitkan??

Ini memang fenomena biasa yang selalu dilalui oleh seorang cikgu yang mempunyai kenderaan...

Nak salah siapa kalau rumah cikgu di bakar??

Hal ini berlaku beberapa tahun yang lepas, dimana rumah cikgu tersebut dibakar oleh pelajar-pelajar bermasalah setelah cikgu berkenaan merujuk hal mereka kepada pihak atasan...

Nak salahkan siapa apabila sekolah di bakar???

hal ini berlaku di sekolah-sekolah berjiranan dengan sekolah saya...Habis separuh bilik guru terbakar dek kerana dendam pelajar kepada sekolah..begitu juga dengan sekolah lagi satu tu dibakar walhal, dewannya baru sahaja dibina...

Nak salahkan siapa kalau selepas sekolah pelajar tidak bekerja???

Nak salahkan siapa kalau pelajar menjadi perompak terkenal??

Nak salahkan siapa kalau akhirnya ada pelajar yang menembak guru???

Rasa cuak untuk menghadapi cabaran-cabaran di hari esok..

Dan sesungguhnya, saya berharap bagi bakal-bakal guru, janganlah putus asa untuk menjadi seorang guru....

Janganlah tujuan untuk menjadi guru hanyalah untuk kepentingan diri sendiri...hendak mencari gaji lumayan, nak hidup mewah....akhirnya akan lahir pelajar-pelajar seperti di atas....

*********************

Salam Takziah kepada CITARASA RINDUAN kerana kehilangan bapa mertua beliau yang sangat disayangi.. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan beriman..

Al-Fatihah

7 ulasan:

Sunah Sakura berkata...

sangat besar amanah yang dipikul oleh para guru ni..alhamdulillah, terima kasih kepada guru2 macam kak CTE yang menjadikan saya seperti sekarang...:)

Tinta Emas berkata...

memang besar dan sangat besar...
hanya guru yang mengetahui bagaimana besarnya tanggungjawab seorang guru..

nur aisya humaira berkata...

budak2 skang makin besar kepala...semua bermula dri rumah..klu ibubapa tk tegas, anak tak thu jdi ape..:(

Tinta Emas berkata...

saya sokong pendapat nur aisya

anna mardhiah berkata...

menjadi pendidik bukan lah satu tugas yg mudah . saya pun bercita2 nak jadi seorang guru . salam kenal cikgu . cikgu follow saya juga ea .

padlie berkata...

saya salahkan ibu bapa. terlalu manjakan anak-anak. dulu ibu bapa hormati guru, anak-anak jadi takutkan guru. sekarang ibubapa anggap guru ni pekerja yang dibayar untuk mengajar, anak-anak berani la menakutkan guru.

Kalamhati berkata...

tetap akan memikul tanggungjawab mendidik ni selagi terdaya..hanya doa dan usaha yg dpt kita hulurkan agar anak didik kita ni jadi org berguna..selebihnya mereka yg perlu tentukan hala tuju hidup mereka..bukan kita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...