Hari ini adalah Hari Bumi
Saya pun hampir lupa bahawa hari ini adalah hari bumi... nasib baiklah saya melihat iklan di TV9 berkenaan hari bumi ini..
Sebagai seorang guru geografi, saya memang minat dengan hal-hal yang berkaitan dengan bumi. Lebih-lebih lagi bila saya sedar bahawa bumi kita sudah semakin uzur ( berjuta-juta tahun umurnya..) dan terlalu banyak pencemaran.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyambut hari bumi dan menyokong segala bentuk program yang dianjurkan oleh kerajaan atau swasta bagi memastikan bumi kita terpelihara...
Sebenarnya hari Bumi disambut setiap 22 April setiap tahun adalah khusus untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada khazanah alam yang semakin pupus, disebabkan peningkatan jumlah manusia, keperluan untuk pembangunan serta ketiadaan pemuliharaan yang tersusun.
Sebenarnya banyak cara kita boleh sambut dan menyokong program ini
Salah satunya kita sokonglah kempen alam sekitar seperti program kitar semula.
Kitar semulalah barang-barang yang boleh dikitar semula seperti akbar lama, botol plastik, botol kaca, tin minuman dan sebagainya. Dengan car ini , anda telah menyokong hari bumi tanpa anda sedari.
Selain itu juga saya pernah membuat entry tentang sisa minyak masak yang boleh digunakan untuk sumber alternatif lain..sila klik SINI
Selain itu, sisa-sisa makanan seperti sayur-sayuran boleh juga dikitar semula....kita boleh jadikan baja kompos. Baja kompos ini merupakan baja semulajadi 100%. tidak langsing menggunakan bahan kimia..
Seperti gambar di bawah ini...
Beberapa tahun lepas, saya melalui Persatuan Geografi dan Alam Sekitar telah mencuba membuat baja kompos. Cara pembuatannya kena banyak bersabar terutama sekali bab bau dia ( sangat tak tahan ). Ini kerana terdapat campuran sisa sayur-sayuran, rumput, daun-daun, dan najis haiwan ( kami gunakan najis gajah yang diperoleh dari zoo johor )..
Ini adalah baja selamat...
Selain itu ada banyak lagi cara kita hendak menyelamatkan bumi daripada terus musnah..
Tanamlah pokok-pokok di sekeliling kita agar dapat menghijaukan bumi... secara tidak langsung dapat menyedarhanakan suhu bumi..
Elakkan menggunakan penyembur ubat nyamuk kerana penyembur tersebut mempunyai bahan kimia ( kloroflorokarbon ) yang boleh menipiskan lapisan ozon...
Sebenarnya banyak cara kita boleh menyokong program-program kesedaran ini...yang penting diri kita sendiri. sama ada mahu atau tidak..
Marilah kita bersama-sama menyambut hari bumi...
Wassallam
4 ulasan:
SEBAGAI SEORANG PELAJAR BIOLOGI,SAYA BANGGA PUNYA KAWAN BLOGGER YANG SANGGUP MELUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK HARI BUMI.. TERIMA KASIH.
BLOG ANDA DIPILIH UNTUK EARTH DAY
http://kringg.blogspot.com/2011/04/happy-earth-day-siapa-kata-blogger-tak.html
selamat malam cikguCTe..
terima kasih sebab kongsi entry yang berfaedah ni
baru ayu tau hari nie hari BUMI..
semoga dengan cara diatas kita selamatkan bumi
PS: ayu minta izin sepupu en zalie temankan MIL, semalam, sepupu tanya ttg esei plastik... rupanya ada kaitan....
selamat hari bumi!
sama la kita..bz ya..kursus kepimpinan dah lepas last weekends..minggu ni kem KRK dan pembestarian Insan
Catat Ulasan