Assalamualaikum....
Catatan pertama:
Hari ini penuh dengan kekalutan..Bila cukup bulan sahaja, cikgu-cikgu dah mula kalam kabut untuk menutup buku kedatangan pelajar ( register ) ..kasihan kepada guru-guru yang muda belia...ada yang terpaksa menggantikan buku register mereka kerana buku register pertama mempunyai banyak kesalahan...
wahai guru-guru baru, tolonglah bertanya...kalau anda malu nak bertanya...nanti sesat jalan!..inilah yang terjadi sekarang...yang penatnya anda sendiri...bukankah bertanya tu lebih baik...kami, guru-guru senior sedia membantu mana yang patut...Apalah yang anda takut dengan kami guru-guru senior nie????kami jugak seperti anda jugak...manusia yang masih lagi mempunyai kekurangan...
Kami juga bukannya pakar tetapi pengalaman telah mengajar kami....
*****************************************************************************************************************************
Catatan ke dua....
Hari ini saya pun lega sebab saya dapat menyelangsaikan semua yuran bagi kelas saya...dah tutup buku dan tak mahu pegang buku resit kelas lagi...mudah-mudahan kelas saya tak ada pelajar baru akan masuk...malas nak mintak yuran lagi.... *****************************************************************************************************************************
Catatan ke-tiga
Lepas balik dari sekolah, saya terus ambil anak saya di tadika...rambut dia masih tak bergunting...saya terus cakap slow-slow dengan Asyraf supaya potong rambut..mood dia baik hari ni...kata okey saja..
inilah hasilnya...Ini kali kedua rambutnya dipotong macam gini...bila dah habis potong rambut, mata asyraf mula merah menahan sedih...kakak Asyraf, Aqilah mula ketawakan dia...lagilah dia sedih...
Lagi satu saya cukup tak puas hati, india yang guntingkan rambut Asyraf tu potong rambut dia terlalu pendek! bila dah potong sebelah, tak kan saya larang dia potong lagi... saya diam kan ajelah...dalam hati saya, "habislah en yusran akan marah saya nie....."..tak apa lepas ni saya akan post gambar asyraf untuk dikomen oleh en yusran dalam facebook....lepas tu saya kenalah bersedia buat laporan yang bertajuk "mengapa saya gunting rambut asyraf macam gini?" pada en yusran...
Catatan ke -4
Hari ni bila bukak saja blog ni saya sudah mempunyai follower yang ke 100...cikgu Su...
Baiklah ckigu su nie...saya jalan-jalan ke blog cikgu ni malam tadi...blog cikgu ni pun best...cantik dan banyak info...suka sangat sebab cikgu ni mengajar bebudak yang lemah...ada tunjukkan macam mana nak hafal sifir dengan cara yang mudah... so saya pun komen sikit dekat situ...tak sangka di akan follow blog saya... lepas ni saya follow blog dia semulalah sebagai "budi baik dibalas baik"..
Terima kasihlah kepada cikgu su dan follower saya yang lain...blog saya ni bukan sahaja untuk cikgu-cikgu sahaja tetapi terbuka kepada semua yang sudi membaca catatan dari saya ini..Dan juga kepada mereka yang sungguh rajin baca entry saya yang tidak seberapa ini...serta meninggalkan ulasan...
Wasallam
5 ulasan:
Assalam cikgu..:)
penuh cerita hari ni ye..:)
hari2 banyak cerita...
As salam cikgu CTE. tq sudi jadi follower blog BSB.saya suka blog cikgu yg byk cerita2 pasal perasaan sebagai seorg cikgu...teruskan.
Cikgu.. cantiknye Cikgu Su tu cikgu.. kimsalam eh
Cikgu.. saya agak sibuk minggu ini.. maaf andai tidak menjenguk sunyi seketika.. cikgu jgn nakal2 semasa Pengetua Astina bercuti :)
Catat Ulasan